Ahad, 11 Julai 2021

(Ulasan) Filem Turki Ayla: The Daughter of War

Selepas ED tengok filem Turki Su ve Ateş atau Water and Fire, ada yang cadangkan ED tengok lagi sebuah filem Turki yang sedih. Tajuknya Ayla: The Daughter of War. Filem ini berdasarkan kisah sebenar pada zaman dahulu.

Pelakon utama filem ini Kim Seol (Ayla) dan Ismail Hacioglu (Suleyman). Comel adik Kim Seol cakap Turki dalam filem ini.

Sinopsis:
Suleyman ditugaskan ke Korea untuk membantu Korea dalam peperangan. Di Korea, Suleyman telah terjumpa seorang budak perempuan Korea yang telah kematian ibu bapanya. Suleyman menjaga budak itu dan menamakannya dengan nama Ayla. Kerana Ayla rapat dengan Suleyman, Ayla menganggap Suleyman ayahnya dan Ayla boleh berbahasa Turki. Sampai suatu masa, Suleyman kena balik ke Turki semula. Suleyman terpaksa berpisah dengan Ayla walaupun kedua-duanya sangat sedih.

Ulasan:
Jalan cerita filem ini sedih sebab penonton dapat lihat kesan peperangan di Korea. Selepas itu, penonton akan rasa sedih melihat Ayla hidup sebatang kara. Banyak babak sedih dalam filem ini. Part paling menusuk jiwa bagi ED ialah part perpisahan dan babak akhir filem ini. Tak boleh bagi spoiler, nanti tak best tengok. Kesimpulannya, filem ini memang sedih. Lagu latarnya juga sedih.

Suka tengok gabungan Korea Turki ni :)

ED bagi 9/10 bintang untuk filem ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi