Walaupun filem Turki ini ditayangkan pada 2013, namun viral di Malaysia pada tahun 2021. Sedih sangat ke filem Turki Su ve Ateş atau dalam bahasa Inggerisnya Water and Fire? Jom, ED ulas sinopsis dan ulasan penuh filem ini secara ringkas.
Hero dan heroin filem ini, Ozcan Deniz dan Yasemin Allen.
Sinopsis:
Kisah cinta agung seorang perempuan yang bernama Yağmur dengan mafia bernama Hasmet. Walaupun Hasmet seorang mafia dia sanggup berkorban demi cintanya kepada Yağmur dan anaknya.
Ulasan:
ED nampak filem ini lebih kepada pengorbanan seorang lelaki yang ganas berubah menjadi baik apabila jatuh cinta kepada seorang wanita. Yang ramai orang kata sedih tu, ED rasa bab si hero sanggup buat apa sahaja demi cintanya dan ketabahan hidup si heroin tu yang bikin sedih. Ditambah pulak dengan slow motion dan lagu latar yang mendayu-dayu. Ada 2 part yang meruntun hati, 1 part Hasmet kena tangkap polis. 1 lagi part kemuncak filem ini.
ED tak nak bagi spoiler sebab nanti tak best pulak tengok kepada orang-orang yang belum tengok. Akhir kata, ED bagi 9/10 bintang untuk filem ini. Udada Ubabye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan