Isnin, 23 Ogos 2021

(Sembang) Mikaseries Peduli, program kemasyarakatan untuk riders.

Mikaseries Peduli merupakan program kemasyarakatan anjuran mikaseries dengan kerjasama big mouth, dan mc donalds mutiara damansara. Mikaseries peduli lebih fokus kepada sumbangan  petrol, makanan dan barangan keperluan kepada riders foodpanda, lalamove, grabfood dan yang seumpamanya.


"Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain lain yg berbentuk barang keperluan harian. Jadi kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan front liner yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu PKP. Dan alhamdulillah program ini mendapat sambutan ramai pihak dan untuk yg pertama kali ini kami mendapat kerjasama BIG MOUTH, MC Donald's mutiara damansara dan petronas cawangan taman segar. In sya allah lepas ini pihak adabi dan beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjesama dengan kami. Terima kasih saya ucapkan"  kata zoey rahman selaku Ceo mikaseries.

Selain itu zoey turut berterima kasih kepada anju kerana sudi utk turun padang dan memberi sumbangan peribadai beliau kepada riders.

Kepada riders yang ingin sertai mendapatkan petrol percuma setiap bulan, mereka boleh sertai melalui telegram MIKASERIESpeduli. Search sahaja MIKASERIESpeduli di telegram  dan subscribe untuk dapat info lanjut dan membuat pendaftaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi