Jumaat, 6 Ogos 2021

(Update) Awesome TV Bakal Menceriakan Malam Minggu Anda

Kuala Lumpur - 5 Ogos 2021. Bosan hujung minggu di rumah? Jangan lupa saksikan filem-filem hebat seperti Baadshah, Catwoman dan Janda si Ayob yang akan menemui penonton Awesome TV di kaca televisyen.

Slot Hindi Special akan menayangkan filem Baadshah sebuah filem komedi aksi India 1999 yang diarahkan oleh Abbas-Mustan. Filem ini mengisahkan tentang Raj, seorang pemuda tinggal bersama ibunya yang ingin mengikuti jejak arwah ayahnya dengan bekerja sebagai detektif bernama Baadshah. Dia menjalankan agensi detektif dari pejabat Mumbai, lalu terjebak dengan konspirasi politik ketika dia diupah untuk menyelamatkan tebusan 
Dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Twinkle Khanna, Johnny Lever, Raakhee dan Amrish Puri Saksikan pada hari Jumaat, 6 Ogos 2021, jam 9.30 malam. 

Selain itu, Slot Awesome Movie akan menayangkan filem Catwoman pada Sabtu, 7 Ogos 2021, jam 10 malam. Catwoman merupakan filem superhero Amerika 2004 yang berdasarkan watak Komik DC arahan Pitof dan dibintangi oleh Halle Berry, Benjamin Bratt, Lambert Wilson dan ramai lagi. Menceritakan tentang seorang wanita yang pemalu dikurniakan dengan kepantasan, refleksi dan deria kucing, melewati garis tipis antara menjadi penjenayah dan penyelamat. Seorang detektif yang mengejarnya, telah jatuh hati dengan kedua-dua personalitinya. 

Slot Ohsem Tele kali ini diisi dengan sebuah cerita komedi, Janda Si Ayob akan ditayangkan pada 8 Ogos 2021, Ahad, 9.30 malam. Telefilem Janda Si Ayob mengisahkan mengenai Zaleha yang mencari calon suami baru setelah bercerai dengan Ayob. Mak Melur mengajar Zaleha cara menggoda lelaki serta menyusun calon dan membuat temujanji untuk Zaleha. Lakonan Zulin Aziz, Izzue Islam, Zul Huzaimy, Haleeda, Meor Mohd, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Puteri Emilia Mohd Hanif, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi