Rabu, 15 September 2021

(Muzik) Tajul dan Afieq Shazwan menyanyikan kembali lagu Malam Semakin Dingin

Dah dengar belum? Lagu Malam Semakin Dingin nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan.



Song – Malam Semakin Dingin
Artist – Tajul & Afieq Shazwan

Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukanlah ingin merantai diri mu
Atau pun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman

Kedinginan mu
Kerana malam
Yang masih lagi Panjang

Kedinginan mu
Jauh bandingan
Dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini

Andai aku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua



Lagu asal nyanyian Kumpulan Spin. Anda boleh dengarkan lagu ini berserta video muziknya di youtube FMC pada hari ini pukul 3.00 petang. Lagu Malam Semakin Dingin ini viral di Tik Tok tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi