Jumaat, 31 Disember 2021

Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv 2021

Hari ini 31 Disember 2021, ED nak senaraikan 10 drama yang paling ED suka pada tahun ini. Drama-drama ini mengikut kesukaan ED ye dan jangan tanya kenapa drama itu tiada? Drama ini tiada? Oke, jom kita mulakan...


10. Drama Dayang Senandung. Walaupun drama ini ringan, ED syok pulak tengok drama ini pada pukul 12.00 malam di TV Okey.

9. Drama Terlerai Noktah. Drama ini best sebab plot twist nya susah nak jangka.

8. Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku. Drama ini santai tetapi ED suka menontonnya. ED juga suka lagu tema drama ini.

7. Drama Mr. Bibik. Drama ini kelakar dan santai. Part paling viral dalam drama ini ialah Zara Zya nak pergi Sabah sebab nak makan udang :)

6. Drama Cukup Derita Itu. Drama ini berat dan Ruhainies berjaya bawa watak Ellani. ED suka drama-drama sedih macam ni.

5. Drama Budak Tebing 2. Drama ini sesuai ditonton seisi keluarga. Paling best tengok watak Yoyol dalam drama ini.

4. Drama Hatimu Sedingin Salju. ED paling suka montaj drama ini sebab rare dan jalan cerita drama ini juga menarik. Kesian, awal2 episod heroin tak jadi kahwin.

3. Drama Tak Sempurna Mencintaimu. Drama Ramadan yang ED tengok pada tahun ini. ED masih ingat lagi watak Hanan dan emak Hanan lakonan Intan Najuwa dan Wan Maimunah. Best!

2. Drama Ayahanda. Drama ini best sebab dekat dengan masyarakat dan banyak pengajaran. Paling best lagi, drama ini adaptasi daripada kisah benar.

1. Drama Mencari Kiblat Cinta. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa ED pilih drama ini sebagai drama nombor 1 yang ED suka pada tahun ini kan? Jawapannya, ED suka tengok lakonan heroin baharu Husna Mustaffa bergandingan dengan Syazuwan Hassan. Kedua, jalan cerita drama ini sedih dan lain daripada yang lain.

Itulah 10 drama yang paling ED suka pada tahun ini. Terima kasih dan selamat tahun baharu 2022.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi