Selasa, 17 Mei 2022

Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

 

Raihan, Naim Daniel, Datuk Jamal Abdillah dan Faizal Tahir beralun muzik kerohanian

manakala

Ahmad Dhani bakal mempersembahkan Malam Munajat Cinta sebagai penutup 

Buat julung kalinya,  dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan.

Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan. Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.











Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30  malam di Panggung Anniversari. Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.

Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia. Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan. Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya – budaya di Malaysia.

Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus menghapuskan rantaian COVID 19.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, BOLEH LAWATI SOSIAL MEDIA atau LAMAN WEB GARDEN OF EID 

FESTIVAL GARDEN OF EID AKAN BERMULA 27 MEI HINGGA 29 MEI, DI TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR MULAI PUKUL 10 PAGI HINGGA 10 MALAM.

Jumaat, 13 Mei 2022

(Filem) Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.

Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.

“Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan sejak 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Manakala trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun ini untuk khalayak. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.

 

Instagram Rasmi Filem Mat Kilau: filem_matkilau

Facebook rasmi Filem Mat Kilau: Filem Mat Kilau

Tik Tok Rasmi Mat Kilau: filem_matkilau

Twitter Rasmi Mat Kilau: filem_matkilau

 

Untuk berita terkini, sila layari:

Facebook:

https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843

Instagram:

https://www.instagram.com/filem_matkilau/

Twitter:

https://twitter.com/Filem_MatKilau

TikTok:

https://www.tiktok.com/@filem_matkilau

Youtube:

https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg


Ikuti Studio Kembara di

https://www.instagram.com/studiokembara/

 

#kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama

Ahad, 1 Mei 2022

(Muzik) Achik Ukays menitis air mata, rakaman semula lagu raya 1995

Apabila tiba hari perayaan, lagu lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di corong corong radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan diputarkan dari yang lama hingga kini .

Inilah juga yang di ambil peluang untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh composer Salman Shari! dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidiltri tahun 2022 ini. ’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK's) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidil-tri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shari!.

‘’Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidil-tri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun ‘’, Tambah Salman Shari! 

Perancangan awal untuk rakaman semula lagu raya ini adalah dari Salman Shari! , composer dan penerbit lagu ini sendiri . Kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir ( UK’S), lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays).

Achik Ukays.

(Muzik) Lagu raya baharu Ramlah Ram, Kemenangan

Dah tengok belum muzik video lagu raya Kemenangan nyanyian Ramlah Ram?


Ramlah ram lancar kan Muzik Video Raya terbaru.. Setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu Raya terbaru, penyayi Lagenda negara Melancarkan Lagu dan Muzik Video lagu Raya terbaru berjudul Kemenangan ciptaan Mohar dan lirik oleh ismi Dan ramlah ram sendiri.

"Setelah sekian lama saya tak keluarkan single raya saya rasa nerves. Sebab trend lagu sekarang kan dah lain.apa pun saya yakin lagu lagu raya yang berkonsepkan kemelayuan begini yang akan terus malar segar dan melekat di hati pendengar setiap Kali menjelang raya" 

Muzik video Kemenangan boleh ditonton secara rasmi di saluran youtube ramlah ram group.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada adik saya Zoey Rahman Dan mikaseries kerana sponsor pembikinan Muzik video ini bersama bangsawan picture, sy sangat terharu tak sangaka Zoey Dan team sayang saya sampai macam ni, akak sayang korang " - Ramlah Ram

"Dan saya hadiahkan lagu kemenangan ini buat semua peminat yang menyokong saya selama ini".

(Update) Tarikh siaran drama Juliet

Inilah drama baharu slot Widuri TV1 selepas drama Aku Pilih Bahagia tamat.

Drama Juliet akonan Rita Nadira & Redza Rosli serta ramai lagi.

Slot Widuri TV1 akan kembali pada pukul 6.00 petang bermula 3 Mei ini. Nantikan drama Juliet pada Hari Raya pertama nanti.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi