Jumaat, 30 Disember 2022

(Muzik) Lagu Kamu Cantik Malam Ini nyanyian Zali Rusli

Saya tak kisah jika orang nak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli” – itulah ayat yang diugkapkan oleh pemilik nama Zali Rusli - 17 tahun, apabila dikaitkan dengan nama abang beliau Haqiem Rusli

“Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri” – tambah Zali.

Zali Rusli


tahun lalu sewaktu dunia dilanda Covid, penyanyi Zali Rusli telah melancarkan single pertama beliau berjudul Pewangi ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu. Namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana lagu tersebut seolah-olah tidak berjaya melonjakkan nama dan bakat beliau kerana segala pergerakan aktiviti promosi sangat terbatas.



Terbaru Zali Rusli muncul sekali lagi dengan single ke-2 beliau yang juga mempertaruhkan lagu ciptaan Haqiem dan Zali sendiriBila ditanya kenapa tidak menyanyikan lagu pencipta lain, Zali berkata, 


"Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagu ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan daripada pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang, saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lainTapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem."


Zali yakin kerana lagu bergenre balada seperti ini mudah diterima dan lekat di hati pendengarTambahnya lagi, “jika dilihat situasi sekarangramai pendengar sukakan lagu-lagu jiwang balada era 90an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.



Ditanya mengapa Zali tidak mengikut jejak rakan artis senior di FMC Music lain yang rata-rata merakamkan semula lagu popular lama, beliau berkata “ menurut saya biarlah mereka sahaja buat dulusaya nanti dulu. Kerana saya yakin jika kita  boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengarKenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan? “



Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru-baru ini Zali berkata beliau sangat teruja“Ya, pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina RaisahDia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramahHati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa Wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah, “ kata Zali sambil berseloroh.


Kamu Cantik Malam Ini – akan dilancarkan di semua platform digital termasuk muzik video rasmi lagu ini turut dilancarkan di saluran Youtube FMC Music jam 8  malam (29 Disember 2022).


Video klip Kamu Cantik Malam Ini.

Zali berharap semoga Kamu Cantik Malam ini diterima pendegar. “Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikatakan menumpang populariti abang saya. Moga anda semua menerima dan suka dengan lagu saya kali ini” .

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi