Sabtu, 31 Disember 2022

(Eksklusif) Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv 2022

Assalamualaikum. Sempena hari terakhir dalam tahun 2022 pada hari ini, ED senaraikan balik 10 buah drama yang ED suka tonton pada tahun ini. Kedudukan drama yang ED senaraikan berdasarkan drama yang paling ED suka tonton. Dah bersedia nak tahu? Ayuh!

ED bagi teaser dahulu... Cuba teka drama nombor 1 yang paling ED suka?

10) Drama Kerana Dia Suka di slot Lestary TV3. ED masih ingat lagi ending drama ni, majlis kahwinnya macam real. Gah sangat!

9) Drama Juliet di slot Widuri TV1. Vibes drama ini ala-ala telenovela latin.

8) Drama Sayang Tak Dikenang di slot Akasia TV3. Drama ini tentang dendam seorang lelaki kepada dua orang perempuan yang pernah menyakiti adiknya.

7) Drama Sentuhan Najwa di slot Lestary TV3. Drama tentang pembawa HIV ini memang patut ditonton sebab jarang-jarang ada jalan cerita macam ni...

6) Drama Khilaf Asmara di slot Samarinda TV3 bulan Ramadan. Fattah Amin jadi watak antagonis dalam drama ini. Drama tentang kakak yang bermain cinta dengan adik iparnya.

5) Drama Aku Yang Merinduimu di slot Widuri TV1. Drama ini tentang sebaik-baik perempuan yang diuji dengan hawa nafsunya sendiri. Sedih drama ni...

4) Drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3. Drama ini tentang pengorbanan isteri yang rela bermadu asalkan suaminya dapat anak. Hujung-hujung, isteri pertama minta cerai. Rasanya drama kesukaan rakyat Malaysia pada tahun ini. 

3) Drama Melur Untuk Firdaus di slot Lestary TV3. Drama ini fenomena kerana chemistry lakonan Anna Jobling dan Merqeen. Jalan ceritanya pun best tentang isteri yang tidak putus asa menambat hati suami yang pada awalnya suaminya dipaksa kahwin.

2) Drama Rindu Kasih di slot Samarinda TV3. Sedihnya lahai drama ini. Lebih-lebih lagi heroin drama ini ialah Ummi Nazeera, memang tersentuh hati penonton dibuatnya. Drama ini tentang kisah anak yang sanggup masuk penjara untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

Dan juara....


1) Drama Derhaka Cinta Jebat di slot Widuri TV1. ED suka betul tengok drama ini sehinggakan ED letak sebuah tv di dapur sebab tak nak miss tengok drama ni (kadang2 ED masak pada waktu petang). Jalan cerita drama ini rasanya biasa tetapi lakonan Datin Elvina dan Azlee Khairi luar biasa dalam drama ini. Drama ini tentang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan kerana dendam pada mulanya tetapi hujungnya bertukar menjadi cinta.

Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv pada tahun 2022 ialah carta tentang drama yang ED suka tonton. Bukannya drama terbaik di Malaysia pada tahun ini. Jadi, jangan tanya kenapa drama ini tak ada, drama itu tiada dalam carta? Satu lagi carta ini adalah carta suka-suka ED di blog ini. Tiada kaitan dengan apapun.

Selamat tahun baharu 2023 dan Insya-Allah kita jumpa lagi di carta Top 10 drama 2023 pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi