Sabtu, 31 Disember 2022

(Ulasan) Telefilem Syurga di Hati Rahmah, sedihnya...

 Baru je selesai telefilem Syurga di Hati Rahmah di TV1. Sedih kan tengok ending telefilem tersebut?

Husna Mustaffa sebagai Rahmah. Lakonannya lembut dan menyentuh emosi penonton.


Sinopsis:
Rahmah berkahwin dengan suaminya kerana mahu nenjaga hati emak mertuanya yang telah lama dia kenal. Selepas berkahwin, Rahmah dikasari dan diabaikan oleh suaminya. Sehinggalah Rahmah meninggal dunia, dia tidak pernah membuka aib suaminya kepada sesiapa. Suami Rahmah menangis dan menyesal selepas menonton video-video di telefon pintar Rahmah.

Ulasan:
Walaupun jalan ceritanya tentang berkahwin kerana ingin menjaga hati orang tua, tetapi watak Rahmah yang terlalu baik sehinggalah ke akhir hayatnya menjadikan cerita ini lain sedikit. Part ending tu yang menyentuh hati penonton. Tahniah kepada para pelakon kerana membawakan watak dengan baik.

Penilaian:
7/10 bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi