Assalamualaikum. ED rasa drama Jaga Aku Selamanya akan menjadi drama kesukaan ED kerana jalan ceritanya tentang kegigihan keluarga yang hidup dalam kesusahan di bandar. Nampak real drama ini dengan kehidupan masyarakat sebenar yang mengalaminya.
Lakonan Nadiya Nissa sangat menjadi dalam drama ini. Nampak macam betul-betul ibu anak ramai yang hidup dalam kesusahan.
Sinopsis:
Sebuah keluarga yang diuji dengan ayah yang menghilangkan diri dan meninggalkan isteri bersama 5 orang anak dalam kesusahan di bandar.
Drama Jaga Aku Selamanya bermula semalam hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary Ramadan TV3. Ini baru drama best! ED suka tengok drama macam ni...
Tahniah dan terima kasih kerana sokong JAS.
BalasPadam