Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan perkahwinan saya bukan lah atas dasar rasa kecewa dengan industri – Begitulah jawapan penyanyi MUNA SHAHIRAH apabila ditanya soalan tentang perkahwinannya bersama suami - Shawn yang juga seorang Mualaf (berbangsa Cina).
“Saya sentiasa yakin bahawa rezeki dan jodoh saya telah ditetapkan Tuhan dengan sebaiknya. Walaupun ada yang cakap jika saya khawin sebelum nama dan kerjaya saya memuncak akan membuatkan saya dilupai di dalam industri hiburan. Bagi saya itu semua tidak tepat. Kerana zaman sekarang ialah zaman media sosial. Peminat dan warga Net lebih suka tengok life style disamping perkembangan terbaru kerjaya seseorang artis.
Kemenangan Bell Ngasri di ABP baru baru ini membuktikan bahawa peminat industri hiburan kini telah mula celik mata dan sedar bahawa kualiti pasti akan menandingi kuantiti.
Tambah Muna lagi, “Lihat sahaja kemenangan besar abang Bell Ngasri di ABP. Beliau dah lama dalam industri, dan ini adalah pertama kali beliau menerima pengiktirafan besar dalam industri hiburan. Jadi tidak salah tanggapan Muna bahawa jika kita tidak putus asa dan terus bekerja dengan Ikhlas, In sya Allah suatu masa peluang akan terbuka luas” - Muna Shahira.
Muna Shahirah
Muna Shahira yang baru sahaja melancarkan single terbaru beliau – SUMPAH CINTA INI baru-baru ini sangat yakin jika seseorang itu Ikhlas dalam menghasilkan sesuatu, hasilnya pasti berbaloi. Mungkin tidak sekarang tetapi sampai masanya pasti akan indah pada waktunya.
Sumpah Cinta Ini ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Que Afiq merukan sebuah lagu balada.
“Saya tidak tahu kenapa saya selalu diberi lagu balada. Akan tetapi saya suka dengan lagu yang berkonsepkan begini.Mungkin lagu begini sesuai dengan suara dan cara nyanyian saya. jadi saya tidak keberatan atau membantah apabila diperdengarkan demo lagu ini diperingkat awal sebelum rakaman.”
Muna juga turut melahirkan rasa kecewa bila ada yang mengatakan bahawa semua single Muna sebelum ini gagal.
“Actually dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jika semua single Muna gagal sudah tentunya FMC Music tidak berani untuk bagi peruntukkan menghasilkan single SUMPAH CINTA INI. single pertama Muna Teguh Setia sehingga ke hari ini diputarkan di radio dan masih mendapat permintaan sewaktu Muna buat persembahan persembahan Korporat atau tertutup. Begitu juga dengan single duet bersama Afieq Shazwan– Cinta Hanya Buatan dan single Bagaimana duet bersama Zack Zakwan. Lagu lagu ini masih Hit di radio dan mendapat permintaan yang tinggi di pusat pusat Karaoke”.
Tambah Muna lagi “ Muna sikit pun tidak terasa hati dengan kata cacian orang .Kerana bagi Muna jika mereka bercakap tentang Muna, bererti mereka masih sayangkan Muna dan menyokong kerjaya Muna. Sebab itu mereka ambil tahu. Muna berterima kasih pada semua yang menyokong Muna, dan Muna mohon doakan Muna berjaya dengan single Sumpah Cinta Ini dan berjaya menyesuaikan diri dalam melayari kehidupan baru sebagai isteri”.
Single Muna Shahira – SUMPAH CINTA INI telah dilancarkan awal Julai di semua saluran media sosial dan Youtube FMC Music.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan