Jumaat, 4 Ogos 2023

(Tahniah) Produk Zoey Rahman dapat anugerah daripada Watsons HWB Awards 2023

Pelakon, Pengacara dan juga usahawan -  Zoey Rahman memanjatkan rasa Syukur kerana apa yang diusahakan dari bawah selama ini mula membuahkan hasil. Perniagaan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan kulit  yang mula diusahakan sejak sekitar tahun 2018 – MIKASERIES telah memasuki hampir 110 cawangan Watsons seluruh Malaysia.
“Saya amat bersyukur dan kadang rasa nak menangis bila membayangkan betapa sukarnya sewaktu saya memulakan perniagaan ini dulu. Berbekalkan modal yang saya kumpul hasil keringat berlakon dan mengacara saya gunakan untuk memulakan Mikaseries secara perlahan lahan. Waktu tu hanya saya, pengurus saya dan bantuan seorang sahabat yang mahir tentang laman web dan grafik, kami gerakkan perniagaan ini. dan Alhamdulillah walaupun masih merangkak Mikaseries berjaya ketahap ini.”

Zoey Rahman


Tambah Zoey lagi “ Sebenarnya saya masih rasa ditahap merangkak kerana masih banyak benda yang saya ingin capai dalam perniagaan. Cuma kadang saya rasa sedikit terkilan kerana perjalanan perniagaan saya ini seolah tidak dipandang oleh pihak kerajaaan atau badan yang menatakelola bantuan Geran perniagaan dan sebagainya. Bohong la kalau saya kata tidak memerlukan bantuan mereka, kalau tidak macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya keperingkat lebih tinggi”
Selain itu Zoey turut melahirkan rasa gembira kerana produk kosmetik pertama keluaran Syarikatnya Mikaglo – Tinted Glowing Powder telah mendapat pengikhtirafan baru baru ini sebagai MOST WANTED produk (In Recognition Of The Products Outstanding Performance In Watsons) sewaktu acara Watsons HWB Awards 2023.
“Pengikhtirafan ini buat saya rasa bangga kerana produk tempatan berjaya bersaing dengan produk produk international yang berada di dalam senarai jualan di watsons seluruh Malaysia. Selain itu juga Mikaseries baru Sahaja melancarkan produk penjagaan kulit yang terdiri daripada Serum, Moisturizer dan Sunscreen spf 50+ ” di Watsons – Zoey Rahman.

Bercakap tentang kerjaya beliau sebagai pelakon dan pengacara pula Zoey berkata “ Saya masih aktif dan minat untuk meneruskan kerjaya lakonan dan pengacaraan. Cuma masalahnya ialah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya dah jadi usahawan tak nak berlakon lagi. Dan nanti bayaran mesti nak minta tinggi. Jujur saya katakan di sini, kerjaya lakonan dan pengacaraan masih menjadi keutamaan saya, kerana saya sangat meminati dan masih sayang kerjaya ini. oleh itu saya berharap pihak produksi atau mana mana pihak yang ingin panggil saya berlakon atau menjadi pengacara tidak perlu bimbang. Kerana saya masih ingin teruskan kerjaya lakonan saya dan tentang bayaran saya masih Zoey Rahman yang sama dan saya tidak pernah meletakkan bayaran yang tinggi pun setiap kali saya mendapat tawaran berlakon atau pengacaraan. Dan saya memang rindu sangat untuk muncul sebagai pengacara di kaca Televisyen” kata Zoey yang pernah mengacarakan program kanak kanak No.1 di Malaysia - GERAK GERI GASING di Astro Ceria suatu Ketika dulu.

Zoey Rahman turut menerima beberapa pengikhtirafan di dalam kerjaya perniagaan. Antaranya ialah:-
- BEST UNISEX COSMETIC PRODUCT
MADE OF THE WORLD EXCELLENCE AWARDS 2022 ANJURAN NIAGA TIMES

- MALE CELEBRITY ENTREPRENEUR
SME & ENTREPRENEURS BUSINESS AWARDS 2023 (SEBA AWARDS)

- CELEBRITY ENTREPRENEUR OF THE YEAR
MALAYSIA BEST BUSINESS AWARDS 2023

- MIKASERIES SDN BHD – SHORTLISTED PARTICIPANT OF MALAYSIA TOP E – COMMERCE MERCHANT AWARDS 2023

SIDEC MALAYSIA TOP EC MERCHANT AWARDS - MOST WANTED – TINTED GLOWING POWDER MIKAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi