“Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru?” Tanya pemilik nama MUNA SHAHIRAH MUNADI – 31 apablia diminta mengulas tentang single terbaru DATANGLAH SAYANG bergenre dangdut yang telah dilancarkan Disember yang lalu.
“Actually Muna tiada masalah untuk bawa sebarang genre lagu termasuklah tradisional atau dangdut. Sebab bagi Muna sebagai penyanyi kena berani dan versatile barulah boleh lama bertahan dalam industri ini. Kalau setakat boleh nyanyi 1 genre je jawapnya susah la kalau ada tawaran show yang memerlukan kita nyanyi pelbagai jenis lagu. So Muna memang dah bersedia dari awal lagi” – Muna Shahirah
Muna yang telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berbangsa Cina Muslim – Sean Tee YeuTerng Abdullah – 27 pada May 2023 lalu, amat selesa dengan kehidupan beliau kini sebagai suri rumah tangga disamping kerjaya sebagai penyanyi.
“Alhamdulillah Sean tak pernah melarang muna untuk menyanyi, malah Sean selalu bagi galakan. Apa yang Muna suka buat Sean tak pernah halang selagi ianya bukan perkara yg salah atau mengaibkan keluarga. Actually ini tahun ke 2 Muna bersama keluarga suami merayakan Tahun Baru Cina. So far pengalaman merayakan Tahun Baru Cina agak menarik. Sebab Muna dapat belajar sesuatu yang baru di luar kebiasaan dari tradisi kita. Alhamdulillah keluarga Sean memahami anak mereka telah memeluk islam dan mereka dah tahu apa yang boleh dan tidak untuk kami. Tapi serius memang sangat meriah. Especially tahun lalu, sebab itu tahun pertama Muna hadir sebagai menantu dalam keluarga mereka dan meraikan Tahun Baru Cina buat pertama kali bersama mereka”
Muna yang kelihatan sedikit berisi merasa sangat bahagia walaupun telah berumah tangga kerana beliau masih menerima tawaran persembahan dan FMC Music masih memberi kepercayaan pada Muna untuk muncul dengan single DATANGLAH SAYANG yang sememangnya salah satu genre kegemaran Muna.
“Muna memang berisi sikit tapi bukan mengandung tau, mungkin belum ada rezeki lagi. Sebab setelah berkahwin Muna banyak waktu terluang. Bila hari yang tiada show tu memang muna berehat je di rumah sambil mendalami Ilmu agama. Maybe sebab itu badan naik sikit. Sekarang ni Muna kena banyak tahu tentang agama especially tentang Fardhu Ain dan lain lain sebab kalau Sean tak sure tentang apa apa dia akan tanya Muna dulu. So Muna memang kena siapkan diri” – Muna Shahirah
Muna berharap agar single terbaru genre Dangdut ciptaan Mas Dewangga,Jova Devito dan Sabbala ini diterima pendengar dan peminat.
“Muna belum direzekikan Cahaya Mata lagi bukan sebab kami merancang tapi belum dikurniakan oleh NYA. Akan tetapi Muna direzekikan single terbaru DATANGLAH SAYANG dan Muna rasa gembira dapat berkongsi rezeki - single ini untuk anda semua, Muna sentiasa berharap peminat akan terus menyokong Muna sekarang dan sampai bila bila. Lepas ni In Sya Allah Muna akan Kembali dengan lagu leman (kampung) pula” – Muna Shahirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan