Memaparkan catatan dengan label Müzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Müzik. Papar semua catatan

Khamis, 16 Januari 2025

Muna Shahirah Mencuba Dangdut Datanglah Sayang

“Tak salahkan mencuba sesuatu yang baru?” Tanya pemilik nama MUNA SHAHIRAH MUNADI – 31 apablia diminta mengulas tentang single terbaru DATANGLAH SAYANG bergenre dangdut yang telah dilancarkan Disember yang lalu. 

Muna Shahirah

“Actually Muna tiada masalah untuk bawa sebarang genre lagu termasuklah tradisional atau dangdut. Sebab bagi Muna sebagai penyanyi kena berani dan versatile barulah boleh lama bertahan dalam industri ini. Kalau setakat boleh nyanyi 1 genre je jawapnya susah la kalau ada tawaran show yang memerlukan kita nyanyi pelbagai jenis lagu. So Muna memang dah bersedia dari awal lagi” – Muna Shahirah

Muna yang telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berbangsa Cina Muslim – Sean Tee YeuTerng Abdullah – 27 pada May 2023 lalu, amat selesa dengan kehidupan beliau kini sebagai suri rumah tangga disamping kerjaya sebagai penyanyi.


“Alhamdulillah Sean tak pernah melarang muna untuk menyanyi, malah Sean selalu bagi galakan. Apa yang Muna suka buat Sean tak pernah halang selagi ianya bukan perkara yg salah atau mengaibkan keluarga. Actually ini tahun ke 2 Muna bersama keluarga suami merayakan Tahun Baru Cina. So far pengalaman merayakan Tahun Baru Cina agak menarik. Sebab Muna dapat belajar sesuatu yang baru di luar kebiasaan dari tradisi kita. Alhamdulillah keluarga Sean memahami anak mereka telah memeluk islam dan mereka dah tahu apa yang boleh dan tidak untuk kami. Tapi serius memang sangat meriah. Especially tahun lalu, sebab itu tahun pertama Muna hadir sebagai menantu dalam keluarga mereka dan meraikan Tahun Baru Cina buat pertama kali bersama mereka”

Muna yang kelihatan sedikit berisi merasa sangat bahagia walaupun telah berumah tangga kerana beliau masih menerima tawaran persembahan dan FMC Music masih memberi kepercayaan pada Muna untuk muncul dengan single DATANGLAH SAYANG yang sememangnya salah satu genre kegemaran Muna.

“Muna memang berisi sikit tapi bukan mengandung tau, mungkin belum ada rezeki lagi. Sebab setelah berkahwin Muna banyak waktu terluang. Bila hari yang tiada show tu memang muna berehat je di rumah sambil mendalami Ilmu agama. Maybe sebab itu badan naik sikit. Sekarang ni Muna kena banyak tahu tentang agama especially tentang Fardhu Ain dan lain lain sebab kalau Sean tak sure tentang apa apa dia akan tanya Muna dulu. So Muna memang kena siapkan diri” – Muna Shahirah

Muna berharap agar single terbaru genre Dangdut ciptaan Mas Dewangga,Jova Devito dan Sabbala ini diterima pendengar dan peminat.

“Muna belum direzekikan Cahaya Mata lagi bukan sebab kami merancang tapi belum dikurniakan oleh NYA. Akan tetapi Muna direzekikan single terbaru DATANGLAH SAYANG dan Muna rasa gembira dapat berkongsi rezeki - single ini untuk anda semua, Muna sentiasa berharap peminat akan terus menyokong Muna sekarang dan sampai bila bila. Lepas ni In Sya Allah Muna akan Kembali dengan lagu leman (kampung) pula” – Muna Shahirah




Jumaat, 11 Disember 2020

(Muzik) Haziq muncul dengan lagu Kembali Tersenyum

Ibarat Mentari muncul setelah gerimis, begitulah kisah pemilik nama MUHAMMAD HAZIQ B HASBULLAH, 20 . Beliau yang juga anak sulong kepada penyanyi kumpulan EVA – Linda, sangat berhasrat untuk Kembali aktif setelah melalui fasa kehidupan yang kelam.

Haziq.


Kemalangan yang berlaku pada tahun 2019  hampir mengakibatkan sebelah kaki beliau dipotong telah menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Haziq dan bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan sebelum ini. 

“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong, saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang”

“Ya memang pihak hospital minta saya sign borang kebenaran untuk potong kaki haziq, tetapi saya sempat melakukan solat hajat dan mohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain dan kaki anak saya tak dipotong, syukur kerana Allah bagi kekuatan pada saya setelah itu untuk menghalang dari kaki Haziq di potong” – kata Linda Eva.

Sepanjang tempoh itu Linda berkata beliau memang melihat sendiri bagaimana Haziq melalui fasa tekanan perasaan yang mendalam mengenang nasibnya yang mungkin tidak akan berjalan lagi seperti biasa. “sebagai ibu saya tak sanggup tengok anak saya begitu,air mata tak henti mengalir, dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuh kan Haziq. Tambahan pula dia terlalu muda. Dan saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa”.

DISEMBER 2020 – Merupakan lembaran baru dalam hidup Haziq. Beliau yang sebelum ini hampir putus harapan kini KEMBALI TERSENYUM. Kembali menyanyi dan berada atas pentas merupakan salah satu dari doa beliau sewaktu terlantar kesedihan. 
“syukur Alhamdulillah, berkat doa Mama dan kerana dorongan dan semangat yang beliau berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Dan saya mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni. Terima masih mama. Haziq sayang Mama” kata Haziq


KEMBALI TERSENYUM – single solo pertama Haziq akan dilancarkan di semua saluran muzik online dan muzik video akan dilancarkan serentak di saluran youtube FMC MUSIC mulai jam 8 malam esok  - 11hb Disember 2020. Kelainan kali ini selain Haziq sudah bergerak secara solo dan tidak lagi bersama Putera Band, Lagu KEMBALI TERSENYUM ini merupakan genre muzik yang memang Haziq impikan. “Kalau sebelum ini bersama Putera Band saya tidak bebas untuk memilih apa yang saya mahukan, tetapi kali ini saya dapat muzik yang saya suka. Terima kasih kepada Haqiem Rusli kerana buat lagu yang best untuk saya”.

Lagu dan Lirik dalam lagu ini memang saya minta Haqiem buat tentang kisah saya, di mana sewaktu saya terlantar tidak berdaya lagi untuk berdiri, saya Terpaksa singkirkan orang yang saya sayang, kerana saya tak mahu dia terbeban dan rasa malu dengan keadaan saya yang sudah tidak boleh berjalan waktu itu, dan saya luahkan juga kisah itu di dalam muzik video KEMBALI TERSENYUM”

KEMBALI TERSENYUM lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli. 

Menurut Haqiem, “Apa yang membuatkan saya setuju buat lagu untuk Haziq ialah kerana saya boleh lihat potensi yang ada pada diri beliau untuk terus berjaya bila dia bergerak secara solo. Tambahan pula bila saya diminta tulis lirik lagu yang  berkisar tentang kisah benar yang dia lalui, itu lebih buat saya berminat untuk tulis dan cipta lagu ini - kembali tersenyum”. “Actually  mama yang tolong sampaikan hajat saya pada FMC dan Haqiem agar Haqiem dapat ciptakan sebuah lagu dan lirik yang berkisahkan tentang saya, terima kasih Haqiem sudi buat lagu untuk saya”. “Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang. Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya.  Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya”. 

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi