Assalamualaikum, ED nak kongsi tentang coretan peminat sejati drama Rona Bosphorus. Drama Rona Bosphorus betul-betul memberikan kesan yang mendalam kepada beliau. Jom ikuti tulisan daripada hatinya tentang drama Rona Bosphorus.
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin berkongsi sedikit coretan peribadi tentang sebuah drama tempatan yg benar-benar meninggalkan kesan mendalam di hati saya bertajuk "Rona Bosphorus".
Saya bukan sesiapa dlm pembikinan drama ini, hanya seorang penonton & peminat hasil karya tempatan yg mula menonton kerana minat, namun akhirnya jatuh cinta dgn keindahan jalan cerita, lakonan serta nilai yg dibawanya.
Rona Bosphorus — Dari Jiwa Seorang Peminat, Untuk Sebuah Karya Hebat.
oleh suzilianamdsalleh
Segalanya bermula dgn rasa kagum terhadap naskhah yg berbeza.
Kisah cinta suci yg patuh syariah, tanpa sentuhan namun penuh RASA. Rona Bosphorus bukan sekadar drama cinta, ia kisah kekeluargaan, persahabatan & keikhlasan yg mendidik jiwa. Nilai “redha pada takdir” yg disampaikan benar-benar menyentuh hati saya sebagai penonton.
Selain karya yg indah, saya jatuh cinta dgn drama ini juga kerana kehebatan pelakon utamanya. Tahniah pada Syafitee & HusnaMustaffa🌷💗. Juga pada para pelakon hebat yg lain. 💞
Lakonan begitu bersahaja, penuh jiwa & meninggalkan kesan yg mendalam.
Dalam adegan bahagia, kami senyum & ketawa bersama. Dalam adegan marah, kami turut geram. Dalam adegan sedih, tanpa sedar air mata kami turut mengalir. Itulah keindahan sebenar lakonan yg datang dari HATI.
Kerana terinspirasi, saya mula belajar berkarya. Bermula Feb2025 hingga kini, berjaya menghasilkan lebih 100 video RB di TikTok, dan hingga kini ia terus mendapat sambutan. Setiap video membawa pelbagai emosi. Ada tawa, tangis, rindu, kasih & doa.
Kekuatan & keindahan Rona Bosphorus juga telah mendorong saya untuk pertama kalinya menghasilkan sebuah naskhah peribadi berjudul “Jurnal Rona Cinta Afham & Amal.” Ia menjadi luahan jiwa yg menggambarkan sisi hati Amal Hayati.
Alhamdulillah, naskah istimewa ini berjaya saya sampaikan sendiri kepada Penerbit Darling dan Heroin tersebut HusnaMustaffa sebagai tanda terima kasih atas drama Indah ini🌷🤍
Tanpa di duga juga, lagu khas berjudul “Rona Cinta Bosphorus” berjaya dicipta. Lagu ini lahir sepenuh hati ini. Bait lirik yg menggambarkan suka duka perjalanan hidup Amal & Afham💞
Alhamdulillah nampaknya diterima🥰
Kini meraih lebih 20,000 tontonan, hampir 4,000 likes, serta ratusan komen & “add favorites.”
Antara respon tentang video lagu yg menyentuh hati ini:
🌷 “Rasa sebak tengok video ni. Cantik video dan lirik ni. Terima kasih dari Amal Hayati.” – Pelakon utama
🌷 “Hebatnyee.. TQ support RB selalu.” – Penerbit
🌷 “Dalam lagu ada cerita. Terbawa kembali ke drama RB. Hebat sahabatku ini.” – Peminat
Saya berharap karya seperti ini terus mendapat tempat di hati masyarakat. Karya yg bukan sekadar menghibur, tetapi mendidik & menyentuh jiwa dengan nilai yg tulus.
Sekian sedikit perkongsian daripada saya, hanya dari sisi seorang penonton yg hatinya benar-benar tersentuh dgn keindahan Rona Bosphorus.
Bersama email ini, saya sertakan beberapa gambar dan hasil karya yang lahir dari inspirasi drama ini.
Semoga sedikit usaha kecil ini dapat dikongsikan sebagai tanda penghargaan buat karya & lakonan anak tempatan yg begitu indah & bermakna.
Hebatnya anak tempatan🌹❤️❤️❤️🌹
Sekian, terima kasih atas perhatian dan ruang yang diberikan.🌷
Salam hormat,
suzilianamdsalleh / 29 Oktober 2025






Tiada ulasan:
Catat Ulasan