Khamis, 4 September 2025

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL LEBIH BERMAKNA BERSAMA TV3 & TV9

Kuala Lumpur, 4 September 2025 – Bagi menghayati keberkatan Maulidur Rasul 1447H, TV3 dan TV9 mempersembahkan kandungan ilmiah yang penuh dengan nilai kerohanian. Inisiatif ini menggariskan komitmen kedua-dua saluran dalam menyampaikan ilmu dan mendidik masyarakat melalui penghayatan sunah serta teladan Rasulullah SAW.

Sebagai sorotan utama kempen tahun ini, Tanyalah Ustaz, program televisyen keagamaan yang paling mendapat sambutan, kini diperkenalkan dengan imej baharu melalui episod khas bertajuk ‘Bertopengkan Sunah.’ Perbincangan ini mengupas isu penyalahgunaan salasilah Nabi Muhammad SAW demi kepentingan peribadi, puak atau ideologi tertentu, termasuk penggunaan hadis palsu bagi menghalalkan tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 

Episod istimewa yang disiarkan pada 5 September 2025 ini menyatukan Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Yaakub Yusra sebagai panelis, bersiaran pada jam 6.50 pagi di TV3 dan TV9.

 Selain itu, pelbagai pengisian lain turut disusun bagi memperkaya pengalaman penonton sepanjang sambutan Maulidur Rasul:

  1. Bacaan Yasin 2025 (Bersiaran pada 5 September 2025)
    Enam qari tersohor memperdengarkan bacaan Surah Yasin dengan lenggok murattal masing-masing. Setiap alunan diperkaya dengan visual A.I. yang menghidupkan maksud ayat-ayat suci bagi memberi penghayatan dan kefahaman kepada penonton. Alunan Surah Yasin ini dibacakan oleh Da’i Hakim, Da’i Fahmi, Ustaz Fakhrul Radhi, Husaini Mahmuri, Amirahman Abas dan Harith Hakimi.

  2. Kapsul Rasulullah Cahaya Inspirasi (Bersiaran mulai 2 – 7 September 2025)
    Siri kapsul dua minit bersama Ustaz Muhamad Amin memberi fokus kepada empat sifat utama Rasulullah SAW iaitu Siddiq (jujur), Amanah (dipercayai), Tabligh (menyampaikan) dan Fathonah (bijaksana). Setiap episod mengetengahkan kisah ringkas daripada kehidupan Baginda yang memberi inspirasi untuk dijadikan pedoman harian.


  3. Kapsul Selawat (Bersiaran mulai 5 – 7 September 2025)
    Kumpulan Nasyid As-Saif dari SK Telok Pulai, Klang membawakan qasidah selawat berdurasi dua minit dengan penuh penghayatan dan kemerduan. Persembahan ini bukan sahaja menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, malah turut menonjolkan keindahan seni Islam dalam kalangan generasi muda.

Terdapat juga Tanyalah Ustaz: Diari Muslim, yang membimbing penonton menelusuri amalan sunah harian yang sering terlepas pandang, bersiaran dari 29 Ogos hingga 20 September 2025. Bersama Ustaz Izmir Fareez, antara topik yang bakal dibincangkan ialah Sambut Laungan Azan, Tahnik & Aqiqah, Salam dan Izin, serta Berkat Setiap Suapan.

Dengan rangkaian program berlandaskan ketakwaan ini, TV3 dan TV9 berharap usaha ini dapat mengukuhkan perpaduan, menyemai kasih serta kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Untuk info terkini dan kandungan menarik, layari laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta TV9 di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk lebih banyak lagi kandungan eksklusif dan menarik!

Rabu, 3 September 2025

Sinopsis drama Hospital Loveline TV3

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2025 - Bila si ceria bertemu si tegas, lahirlah cinta tak diduga di hospital. Drama terbaharu slot Akasia, Hospital Loveline, hadir dengan gabungan romantik, komedi dan emosi menyentuh hati. Berlatarbelakangkan suasana hospital, ia mengisahkan perjalanan cinta Sophia (Scha Elinnea), gadis riang yang setia menjaga neneknya, bersama Dr. Arfan (Syarul Ezani), seorang doktor tampan yang hidup penuh disiplin dan ketegasan.


Hospital Loveline, arahan Ng Ken Kin terbitan Orangetree Production Sdn Bhd, bakal ditayangkan selama 13 episod menerusi slot Akasia. Membariskan gandingan utama Scha Elinnea dan Syarul Ezani, drama ini turut menampilkan Sean Lee, Jaja Iliyes, Hanna Aqeela, Kismah Johar, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Apich Lo,menjadikan naskhah romantik komedi ini lebih segar, berwarna dan dekat di hati penonton.

Sophia, seorang ahli fisioterapi di Hospital Insani, tidak pernah terpesona dengan aura Dr. Arfan, doktor muda yang sering menjadi perhatian setiap kali melangkah masuk ke hospital. Walaupun ramai yang mengaguminya, Sophia lebih memilih untuk menumpukan kasih sayang kepada neneknya, Opah Tijah (Kismah Johar), satu-satunya tempat dia bergantung setelah kehilangan ibu dan ayahnya berkahwin lain.

Takdir mempertemukan Sophia dan Dr. Arfan dalam satu insiden cemas yang mengubah hubungan mereka. Dalam masa sama, hospital turut berdepan tekanan apabila Dr. Farhad (Dato’ Jalaluddin Hassan), ayah kepada Dr. Arfan merangkap pengarah hospital, ditekan oleh adiknya Dr. Malik (Zarul Umbrella) kerana gagal menangani isu-isu pengurusan yang semakin meruncing. Konflik profesional ini menambah lapisan drama di sebalik dunia perubatan yang penuh cabaran.

Ketika hidup Sophia semakin sibuk, kehadiran mengejut Opah di Kuala Lumpur membawa kebahagiaan seketika sebelum bertukar panik apabila Opah tiba-tiba jatuh di tepi jalan dan terpaksa dirawat di hospital tempat Sophia bekerja. Secara tidak disangka, Dr. Arfan ditugaskan untuk menjaga Opah, dan dari situ bermulalah misi penuh manis dan lucu apabila Opah cuba menyatukan dua hati tetapi mampukah usaha Opah benar-benar berjaya? Atau adakah rahsia dan konflik lain bakal menghalang cinta mereka?

Menurut Scha Elinnea “Saya sangat teruja membawakan watak Sophia kerana dia seorang yang ceria, spontan dan penuh kasih sayang, namun dalam masa sama berdepan situasi tidak dijangka di hospital. Hospital Loveline bukan sekadar kisah cinta biasa kerana ia menggabungkan humor, konflik dan mesej tentang keluarga. Saya percaya penonton akan terhibur dengan gelagat Sophia dan Dr. Arfan, sambil turut merasai sisi emosi yang lebih mendalam.”


Dengan gabungan jalan cerita yang penuh warna, konflik yang mengusik hati dan watak-watak yang segar, Hospital Loveline dijangka menjadi tontonan wajib bagi peminat drama romantik komedi tempatan. Iabukan sekadar kisah cinta di sebalik dinding hospital, tetapi juga perjalanan tentang bagaimana pertemuan tanpa diduga boleh merubah takdir dan membuka pintu hati.

Jangan terlepas untuk saksikan Hospital Loveline, bermula 4 September 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Khamis, 28 Ogos 2025

Sore: Istri Dari Masa Depan bakal tiba di pawagam 25 September ini!

Filem romantik yang telah mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia tahun ini bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 25 September 2025. Diadaptasi daripada siri web popular terbitan Inhype Pictures, Sore: Istri Dari Masa Depan kini dibawa ke layar perak dengan skala yang lebih besar, emosi yang lebih mendalam dan jalan cerita yang pasti membuat penonton terus terpaku dari awal hingga ke akhir.


Sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi,
Primeworks Studios dengan bangganya membawa naskhah fenomena dari Indonesia ini untuk tontonan peminat di Malaysia. Filem yang mengembangkan kisah asal ini hadir dengan lapisan emosi yang lebih mendalam, penceritaan yang menyentuh jiwa serta visual sinematik yang memukau, menjanjikan pengalaman baharu walaupun penonton pernah mengikuti siri web terdahulu. Dibintangi oleh pasangan serasi Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha, kisah cinta unik berunsur “dari masa depan” ini terbukti mencetuskan fenomena di tanah seberang dan kini bersedia menghangatkan layar perak tanah air.



Versi asal Sore menampilkan Tika Bravani sebagai watak utama, namun dalam adaptasi filem ini, peranan tersebut digalas oleh Sheila Dara Aisha yang bergandingan dengan Dion Wiyoko sebagai Jonathan. Sheila dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu menghidupkan watak drama, komedi, mahupun romantik dengan sangat natural. Keserasian antara Sheila dan Dion dijangka menghadirkan chemistry yang memikat, menjadikan setiap babak terasa lebih hidup dan menyentuh hati penonton. Dengan lakonan yang segar dan bertenaga, mereka bakal memberikan dimensi baharu kepada karakter Sore dan Jonathan, sekali gus mencipta pengalaman menonton yang lebih hangat dan menghiburkan.

Kisah bermula dengan Jonathan, seorang lelaki yang menjalani hidup sepi dan tidak terurus, sehingga kedatangan seorang wanita misteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Sore, isterinya dari masa depan. Kehadiran Sore bukan sahaja mengubah pandangan Jonathan tentang cinta, takdir dan makna kehidupan, malah membuka lembaran baharu yang penuh keajaiban. Namun, mampukah cinta mereka bertahan apabila rahsia masa depan mula terungkap?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sore: Istri Dari Masa Depan di pawagam seluruh Malaysia bermula September ini. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.

Khamis, 21 Ogos 2025

Peminat desak drama Hilang Dalam Rindu 2 segera!

Sorakan gemuruh peminat menghangatkan malam episod akhir Hilang Dalam Rindu, yang bertambah meriah dengan kehadiran lima bintang kesayangan penonton, Jazmy Juma (Eijaz), Tracie Sinidol (Aira), Zariff Ghazzi (Sarip), Qistina Rania (Hannah), Sera Melissa (Nurul), Nina Smith (Teha) dan Aizat Saha (Muhsin), seolah-olah menghidupkan semula watak mereka di hadapan mata penonton.


Tracie Sinidol dan Jazmy Juma

Malam episod akhir ini bukan sekadar penutup tirai drama, tetapi sebuah detik istimewa yang menyatukan penonton bersama barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang lima minggu bersiaran. Setiap babak terakhir dihayati bersama, menjadikan malam ini penuh makna serta meninggalkan kenangan terindah yang akan terus segar dalam ingatan para penonton.


Dalam kemeriahan itu, penantian penonton akhirnya

terbayar apabila kisah cinta Eijaz dan Aira tiba

ke noktah yang penuh indah. Segala salah faham terlerai jua,

menghadirkan Eijaz sebagai seorang suami matang yang teguh

menjaga Aira serta kandungannya.


Aira pula, setelah sekian lama menanggung luka,

akhirnya menemukan kembali ketenangan dan

rasa bahagia yang dinanti.


Rahsia lama akhirnya terbongkar apabila Nurul mendedahkan

Hannah sebagai dalang. Cubaan Hannah menculik Nurul berjaya

digagalkan oleh Eijaz sebelum dia ditahan polis. Rayuan Datuk Mukhriz

supaya Nurul menarik balik laporan tidak berhasil. Perkara itu

mengingatkan Aira pada kesombongannya dalam kes Tokwan,

yang akhirnya mendorong Eijaz membuka semula kes tersebut.


Dengan pengakhiran penuh emosi ini, Hilang Dalam Rindu bukan sahaja menutup kisah cinta Eijaz dan Aira, tetapi juga menjadi hadiah paling indah buat peminat yang setia mengikuti setiap episod. Malam episod akhir ini meninggalkan kenangan yang akan terus hidup di hati, membuatkan ramai masih terbuai dengan kisah cinta drama ini, sukar untuk move on, dan tidak lupa mengucapkan terima kasih atas perjalanan lima minggu yang penuh makna ini.


Akhirnya, kebenaran berpihak kepada Aira dan Eijaz

apabila Hannah dibicarakan dan telah  dijatuhkan

hukuman penjara. Dalam detik genting itu,

keberanian Aira menyelamatkan Nurul daripada Muhsin

akhirnya memulihkan hubungan mereka berdua,

sekaligus menguatkan lagi ikatan Eijaz dan Aira yang

menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Dengan pengakhiran penuh emosi ini, Hilang Dalam Rindu

bukan sahaja menutup kisah cinta Eijaz dan Aira,

tetapi juga menjadi hadiah paling indah buat peminat

yang setia mengikuti setiap episod.

Malam episod akhir ini meninggalkan

kenangan yang akan terus hidup di hati,

membuatkan ramai masih terbuai

dengan kisah cinta drama ini,

sukar untuk move on, dan tidak lupa

mengucapkan terima kasih atas

perjalanan lima minggu

yang penuh makna ini.


Berikut gambar-gambar

Malam Episod Akhir HDR Bersama Peminat:







Jumaat, 8 Ogos 2025

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu? 2

Kembali atas permintaan ramai selepas kejayaan musim pertamanya, ‘Boleh Saya Bantu? 2’ arahan Shuhaimi Lua kini sedia menghiburkan penonton minggu ini dengan edisi terbaharu yang dijangka lebih mencuit hati, lebih dramatik dan lebih ‘kacau!’ Jika sebelum ini penonton disajikan dengan gelagat lucu pekerja hotel Tea Tree yang berdepan pelbagai karenah tetamu, kali ini perjalanan mereka diteruskan dengan penceritaan yang lebih mendalam dan penuh warna, diselitkan konflik peribadi yang bakal merubah segalanya.



Barisan pelakon hebat yang menjadi tunjang utama sejak awal, mengisi layar sekali lagi, termasuk Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Wanie Ooi dan Nasz Sally, bersama kemunculan watak baharu seperti Aliff Hadi. Tidak ketinggalan, musim kali ini turut diserikan dengan penampilan istimewa artis-artis berpengaruh tanah air seperti Fadlan Hazim, Khatijah Tan, Joey Daud, Muaz Zabir, Josiah Hogan, Ropie, Fizo Omar dan ramai lagi.


Penonton akan dibawa menyelami kehidupan Nasar (Andi Bernadee) yang penuh liku selepas melalui penceraian mengejut dengan Jannah. Kini ditugaskan untuk menguruskan Love Wave Hotel, sebuah hotel milik Tuan Joe yang hampir bankrap, bersama Datuk Sudin (Mark Adam), hidupnya menjadi semakin rumit apabila terjerat dalam cinta tiga segi antara Farida (Riena Diana) dan Haiza (Wanie Ooi).



Nasar yang pada awalnya cuba merahsiakan situasi sebenar akhirnya akur apabila statusnya terbongkar, namun bertegas untuk menjauhkan diri daripada sebarang komitmen kerana masih dihantui trauma perkahwinan yang gagal. Keadaan menjadi semakin bercelaru apabila dia dipujuk untuk kembali bersama Jannah, sesuatu yang enggan diterimanya.


Di sebalik kekalutan emosi, misi menyelamatkan operasi Love Wave Hotel turut dilanda berbagai-bagai dugaan tersendiri. Rentetan insiden luar jangka mula berlaku,  daripada kehadiran tetamu mencurigakan, panggilan misteri, kemunculan bomoh moden, hinggalah penemuan satu wasiat yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida.


Mampukah Nasar memberi sepenuh perhatian dalam menguruskan hotel saat emosinya sendiri masih terganggu? Dan apakah sebenarnya rahsia yang tersimpan di sebalik wasiat yang tiba-tiba muncul itu?


Andi Bernadee yang kembali menggalas watak utama sebagai Nasar mengakui ia bukan peranan mudah, apatah lagi membawakan karakter seorang duda yang sarat konflik dalaman. “Saya sendiri tak pernah berkahwin, jadi nak faham emosi seorang lelaki yang pernah gagal dalam hubungan memang mencabar,” katanya. Bagi Andi, watak Nasar turut membawa mesej bermakna dengan menampilkan sisi lelaki yang juga punya emosi, terutama apabila berdepan tekanan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.



"Saya juga ada berbual dan mendapatkan maklumat daripada kawan-kawan yang dah berkahwin dan pernah lalui masalah ini. Saya cuba selami kehidupan mereka. Ada yang 'struggle' dan ada yang dia reda, ayat yang paling saya ingat ialah, 'life must go on.’ Saya faham pastinya ada waktu sedih dan ada waktu gembira. Jadi saya ambil pendekatan berdasarkan skrip drama ini,” tambah Andi.


‘Boleh Saya Bantu? 2’ bukan sekadar menghidangkan kisah cinta dan komedi, sebaliknya turut menyentuh pelbagai realiti mencabar yang dihadapi pekerja hotel, suatu kehidupan yang jarang diberi tumpuan di kaca televisyen.


Menurut Riena Diana, pelakon watak Farida, “Ada babak yang sangat dekat dengan realiti, seperti isu penderaan fizikal, mental dalam hubungan, kosmetik berbahaya serta wanita berkerjaya yang sanggup menyara ‘biawak hidup’. Setiap babak dalam drama ini membawa tafsiran tersendiri, mencerminkan realiti masyarakat dari sudut pandang dunia pekerja di hotel.”


Jangan terlepas untuk saksikan ‘Boleh Saya Bantu? 2,’ bermula 8 Ogos 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Sabtu, 2 Ogos 2025

Drama Thariq Ridzuwan His Treasure tidak seperti novel?

Drama adaptasi novel Thariq Ridzuwan His Treasure banyak yang diubah daripada novel.

Meerqeen dan Qasrina selaku teraju utama.

Drama ini banyak menuai kontroversi daripada kenyataan daripada pengarah, watak dan perwatakan yang diubah pekerjaannya dan beberapa lagi.

ED nampak drama ini banyak berfokus tentang kisah cinta Thariq Ridzuwan dan Husniya Radwa.

Isnin, 28 Julai 2025

Sinopsis drama Setia Itu Mahal di TV3

Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd, ia mengangkat kisah seorang wanita yang terperangkap di persimpangan antara cinta dan nafsu. Drama 28 episod ini menyatukan barisan pelakon popular tanah air seperti Anna Jobling, Zahiril Adzim, Redza Rosli dan Rita Nadira, dengan skrip hasil penulisan Sophilea. 

Sinopsis:

Dalina (Anna Jobling), seorang pereka fesyen terkenal, hidup bahagia bersama suaminya, Dr Hakim (Zahiril Adzim) dan anak mereka, Alia. Namun, kebahagiaan itu mula tergugat apabila Tengku Farid (Redza Rosli), cinta pertamanya, kembali muncul menagih kasih yang tidak pernah padam.


Biarpun Tengku Farid kini merupakan suami kepada wanita berpengaruh, Tengku Natasya, hatinya dikatakan masih berpaut pada Dalina. Setiap lirikan mata dan setiap bicara seolah-olah menghidupkan semula rasa yang telah lama terkubur dalam diri Dalina. Dalam kelelahan mengurus keluarga, ditambah pula rasa terabai oleh suami yang terlalu sibuk, Dalina mungkin mula goyah.

Ketika Alia jatuh sakit dan Dr Hakim gagal dihubungi, Dalina tiada pilihan selain meminta bantuan daripada Tengku Farid. Adakah panggilan ini akan membawa mereka kembali ke dalam pelukan rasa yang pernah wujud dan mungkin belum pernah mati? Inikah pemulaan titik yang mengaburkan antara setia dan curang?

“Dalina ni seorang wanita yang penuh kasih sebagai seorang ibu dan isteri… tapi dia juga manusia biasa,” ujar Anna Jobling ketika menyelami sisi kompleks watak utamanya dalam Setia Itu Mahal. “Dia tak sempurna. Dia bergelut nak faham apa yang dia rasa dan dalam usaha nak buat yang terbaik, dia makin keliru dengan suara hatinya.”

Bagi Anna, kekuatan Dalina terletak pada hakikat bahawa dia bukan mangsa dan dia sendiri tak pernah cuba menjadi satu. “Dia cuma terperangkap dalam dilema yang tak pernah dia minta… antara cinta lama yang muncul tanpa dijemput, dan kesetiaan yang semakin menjauh.”

Jangan lupa tandakan kalendar anda! Setia Itu Mahal bakal menemui penonton mulai 28 Julai 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Strim juga episod baharu secara di Iqiyi.


Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspres di aplikasi iQIYI - tepat jam 8.00 malam pada hari yang sama. Episod baharu juga boleh ditonton secara PERCUMA - 48 jam selepas tayangan. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store sekarang.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi