Filem romantik yang telah mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia tahun ini bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 25 September 2025. Diadaptasi daripada siri web popular terbitan Inhype Pictures, Sore: Istri Dari Masa Depan kini dibawa ke layar perak dengan skala yang lebih besar, emosi yang lebih mendalam dan jalan cerita yang pasti membuat penonton terus terpaku dari awal hingga ke akhir.
Versi asal Sore
menampilkan Tika Bravani sebagai watak utama, namun dalam adaptasi filem ini,
peranan tersebut digalas oleh Sheila Dara Aisha yang bergandingan dengan Dion
Wiyoko sebagai Jonathan. Sheila dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu
menghidupkan watak drama, komedi, mahupun romantik dengan sangat natural.
Keserasian antara Sheila dan Dion dijangka menghadirkan chemistry yang memikat,
menjadikan setiap babak terasa lebih hidup dan menyentuh hati penonton. Dengan
lakonan yang segar dan bertenaga, mereka bakal memberikan dimensi baharu kepada
karakter Sore dan Jonathan, sekali gus mencipta pengalaman menonton yang lebih
hangat dan menghiburkan.
Kisah bermula dengan Jonathan, seorang lelaki yang menjalani hidup sepi dan tidak terurus, sehingga kedatangan seorang wanita misteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Sore, isterinya dari masa depan. Kehadiran Sore bukan sahaja mengubah pandangan Jonathan tentang cinta, takdir dan makna kehidupan, malah membuka lembaran baharu yang penuh keajaiban. Namun, mampukah cinta mereka bertahan apabila rahsia masa depan mula terungkap?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sore: Istri Dari Masa Depan di pawagam seluruh Malaysia bermula September ini. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan