Hai.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takde orang tahu.. haa, itulah yang terjadi malam semalam di Anugerah Juara Lagu 25. Tahniah buat Ana Raffali kerana menjadi juara. Melalui pemerhatian ED, ramai yg terkejut dgn keputusan semalam. Tak kurang juga yang membenci Ana Raffali. Biasa la, adat AJL. Ada yg suka & ada yg tak suka. ED biasa je sbb ED dah tahu Stacy & Adira tak kan menang sebab ramai sangat yg best2 semalam. Apapun ED enjoy!! Okelah ED nak cerita secara ringkas mengenai AJL 25 semalam.
Keputusan AJL 25:
Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal Terbaik: Hafiz (Noktah Cinta)
Tempat Ketiga: Hafiz (Noktah Cinta)
Tempat Kedua: Meet Uncle Hussein (Drama King)
Juara Lagu: Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)
5 yang Zest!!
- Persembahan Faizal Tahir (hanyut) memang Terbaik & Kreatif. Juri memang tak salah bagi Faizal menang persembahan terbaik.
- Persembahan interlude Siti Nurhaliza sangat grand dgn penari yang ramai. Teringat nostalgia Siti di AJL masa dolu-dolu..
- Pentas AJL grand..
- Babak Nasha Aziz menampar Shahir, memberi impak maksima kpd penonton. Wow, kreatif.
- Hafiz sempoi je. Persembahan dia pun memberi kejutan kepada penonton. Boleh jadi magician lepas ni.
5 yang Zrett!!
- Persembahan Hujan biasa saja.
- Stacy buat persembahan yg sama. Asyik menari je.. Buat la yang lain pulak.
- Persembahan Faizal Tahir lagu Selamat Malam, macam ada yg tak kena.
- Pengacara yg sama je, boleh diteka apa yg Cheryl, Faizal & Ally akan buat.
- Ana Raffali boleh je buat persembahan tanpa gitar.. So, apa makna semua ini?
Untuk Ana Raffali, sebelum ni kita dikejutkan dengan sedikit kontroversi mengenai dia nangis apabila tak dapat bergambar dengan gitarnya semasa sesi photo shoot. Ana kata gitar itu imejnya. Banyak lagi cerita tak sedap didengar pasal dia. Lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara AJL 25 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri tanah air. So, ED nak ingatkan Ana Raffali selepas dia jadi juara AJL bahawa, jadilah seperti Dato Siti Nurhaliza. Walaupun Siti berkali-kali jadi juara, dia tak pernah cetus kontroversi (masalah disiplin) di AJL.
Okelah, ED ada kerja sekolah nak buat. Udada Ubabye!!
ED: siapapun juara, tahniah diucapkan.
rezeki masing2 kan ed..hehe...
BalasPadam