Hai, tiada kerja yang tiada tekanan. Betul, kerja apapun mesti ada tekanan. Contohnya, penjual goreng pisang pun akan stress bila jualannya tak laku. ED yakin, guru2 sekarang mesti tgh sibuk uruskan data murid, uruskan keceriaan kelas dan lain2 lagi. Bagi yg bukan guru, mesti ada saja tekanan di tempat kerja. Jom kita lihat 5 tekanan di tempat kerja melalui pengalaman ED (subjektif).
5 tekanan di tempat kerja:
- Tekanan bila kerja datang bertubi-tubi (rasa badan macam robot).
- Tekanan bila dapat bos yang pentingkan diri sendiri.
- Tekanan bila dapat rakan sekerja yg perangainya macam kaum firaun.(mesti ada punya)
- Tekanan bila dapat klien (pelanggan) yang tak reti bahasa.
- Tekanan bila dapat kerja last minit.
ED pun tengah sibuk sebenarnya, tapi hati ni tergerak juga nak share benda yang baik untuk para pekerja yg stress. Haa.. ini dia salah satu cara untuk menghilangkan stress. Vitamin Surbex Zinc!! ED dah beberapa tahun mengambil vitamin tersebut untuk mengurangkan stress. Hasilnya, badan akan terasa ringan & banyak lagi khasiatnya (ED tidak dibayar oleh syarikat ini).
Vitamin Surbex Zinc
Sembang-sumbang
(bersembang dan menyumbangkan cerita)
Tajuk: Vitamin Surbex Zinc
5 Kebaikan Vitamin Surbex Zinc
- Kandungan vitamin B membantu mengurangkan stress.
- Kandungan vitamin C untuk daya tahan tubuh (tak mudah demam).
- Kandungan Zinc bagus untuk pertumbuhan rambut & kuku.
- Vitamin E bagus untuk kulit.
- Makan sebiji sehari selepas sarapan pagi (so easy).
3 yang anda patut tahu tentang vitamin Surbex Zinc
- Ia diperbuat daripada tiram. Bagi yang alahan makanan laut, jangan makan ye..
- Jika ragu2, dapatkan nasihat farmasi atau doktor yang berdekatan.
- Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan vitamin B dari jenama lain, tapi berbaloi bila beli.
Okelah, ini cara ED. Lain orang, lain caranya. Selamat menguruskan tekanan hidup dengan berhemah. Jangan melepaskan tekanan pada orang yang tak bersalah. Udada Ubabye!!
ED: kerja elok-elok ye..
selain tu edy,aku alah mknn laut la..huhu..spirulina ok x???heheehe
BalasPadamspirulina untuk tenaga la..
BalasPadamSya pakai urine saya jadi kuning terang. Normal ke tu?? Kalau ada urine test, lepas x?? Pastu ada x effect pada,sperma??
BalasPadamMmg urine akan berwarna kuning terang sebab tindakbalas vitamin dlm badan. Itu normal kerana toksin dlm badan disingkirkan dlm urine
PadamZinc dlm surbex bagus utk sperma. Memekatkan & membanyakkan..
Padam