Sabtu, 26 Februari 2011

Carta 10 babak terbaik Hantu Kak Limah balik Rumah


Hai, hari ini ED nak cerita pasal fenomena filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. ED baru tengok filem ni menerusi DVD. Walaupun ED ketinggalan zaman, ED nak cerita juga pasal filem ni. Tahniah Mamat Khalid, cerita Hantu Kak Limah memang kelakar nian. Ketawa terbahak-bahak ED tonton filem ni.

Usop atau nama sebenarnya Shy8

Dimana-mana sahaja ED dengar budak-budak meniru percakapan dan gaya watak-watak dalam filem ini. Paling banyak memberi pengaruh, mestilah si Usop Penari Kebudayaan tu.. Tahniah.. tahniah.. watak anda memang menjadi. Sampai sekarang, dialog-dialog dalam filem tu menjadi ikutan ramai. ED nak senaraikan carta 10 babak paling menarik yang ED suka menerusi filem ini. Jom bergelak ketawa sambil mengimbas kembali kenangan menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah ni..


Carta Top 10 Babak Terbaik 
Hantu Kak Limah Balik Rumah


Nombor 10: Babak Usop mengimbas kembali peristiwa kakinya lumpuh


Nombor 9: Babak cer cito oleh Hussein dan Abu. Ramai orang tiru dialog ni..



Nombor 8: Babak romantik Hussein dan Che Nen. ED suka lagu ni..



Nombor 7: Babak Usop kentut. Hehehe...



Nombor 6: Babak Usop boleh berlari ketika jumpa hantu Kak Limah. Tak logik tapi kelakar.. di luar jangkaan penonton!



Nombor 5: Babak Abu dan Usop menari lagu Soley-Soley. Best!!



Nombor 4: Babak Pak Abu nyanyi lagu orang putih. Hahahaha....



Nombor 3: Babak Abu pakai skirt tudung saji. Hahahaha...



Nombor 2: Babak Kak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semut. Merdu suara dia. Hahaha...



Nombor 1: Babak Usop beri cadangan bakar rumah Kak Limah. Paling lawak la.. Hahaha.. Tahniah Usop! Dia paling menyerlah dalam filem ini.



Semoga terhibur dengan catatan hari ini. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang fenomena. Siapa2 yang tengah stress, mungkin boleh cuba tonton filem ini. Mesti terhibur! Okelah, udada ubabye!!


ED: Apa kata lepas ni buat filem khas untuk Usop sahaja? Hahahaha....

3 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi