Isnin, 14 Februari 2011

Drama Begitukah Cinta mengupas isu-isu pelajar IPT


Hai, drama Akasia terbaru akan mula tayang di TV3 hari ini. Tajuknya "Begitukah Cinta". Tengok iklan macam cerita biasa tetapi best juga bila anda ikuti drama ini daripada awal. Kalau drama gemilang mengisahkan tentang dunia keguruan, drama Begitukah Cinta memaparkan kisah-kisah pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi). Alamak, mesti ED akan teringat zaman U balik bila tengok drama ini. Tak dinafikan, zaman U adalah zaman yang paling manis untuk dikenang. ED akan ulas sikit tentang drama ini. Jom kita ZZ drama Begitukah Cinta.


5 yang Zest tentang 
drama Begitukah Cinta!

 
Nazim Othman dan Ainul aishah
  1. Pelakon Nazim Othman dan Ainul Aishah jarang2 pegang watak utama. Ada kelainan sikit bila diorang jadi watak utama.
  2. Banyak isu-isu pelajar IPT yang cuba diketengahkan. Contohnya, pelajar jadi GRO untuk meneruskan pengajian. (memang realiti)
  3. Aida Khalida menjadi watak antagonis dalam drama ini. Wow, menarik tu!
  4. Drama ni keluaran produksi Suhan Movies milik Rosyam Noor. Selalunya drama2 Suhan Movie ni best2 macam Asmara.
  5. Plot (jalan cerita) yang ringkas dan menarik. Cuma 24 episod sahaja.

2 sahaja yang Zrett tentang 
drama Begitukah Cinta!
  1. Ala, tak sesuai la drama ni start pukul 7 malam. ED tak setuju..
  2. Percintaan orang kaya kepada orang miskin mungkin menyebabkan segelintir penonton jemu menonton. Ini kerana mungkin mereka dah selalu sangat tengok drama macam ni.

Apa-apapun drama ini penuh dengan mesej dan pengajaran buat kita semua. Okelah, sampai disini dahulu. Selamat menyambut Maulidur Rasul esok. Assalammualaikum dan udada ubabye!

ED: Jom tonton perarakan Malidur Rasul di kaca TV anda pagi esok..

2 ulasan:

  1. La. yeke? xtaw pun ade cite tu. mcm best je. kene tgk kat tonton la mcm ni. Mcm menarik je. Selamat Maulid Rasul esok~ ;)

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi