Khamis, 24 Februari 2011

Drama Hani berakhir, Drama Asmara 2 menjelma Mac ini..

Hai, drama Asmara 2 bakal kembali merungkai persoalan. Tahun lepas, drama Asmara telah meninggalkan persoalan yang dahsyat kepada penonton setianya. Apakah yang terjadi kepada Zalia apabila Asmara berkahwin dengan Melati? Adakah Asmara akan berpoligami atau salah seorang daripada isterinya bakal diceraikan? Drama hebat yang mesti ditonton ni..


Saksikan drama Asmara 2 yang akan menemui anda mulai 8 Mac ini, 9.00 malam di saluran inspirasi hidupku TV3. Sorry TV3, ED dah bocorkan rahsia pulak tarikh siaran Asmara 2 ni. Eksklusif ni.. (kat tv3 iklan Asmara 2, asyik akan datang je..) So, jom ikuti kesudahan cerita ni ye..

Kalau Asmara 2 tayang 8 Mac, ini bermakna drama Hani akan menutup tirainya pada 1 Mac 2011. Ya, minggu depan adalah episod akhir drama Hani. Adakah  Hani akan buta selama-lamanya? Bagaimana kisah cintanya bersama Irfan? Sama-sama kita saksikan..

Jangan lupa saksikan drama Hani episod akhir

Okelah, sampai di sini sahaja. Selamat menonton Asmara 2. ED akhiri dengan sedutan drama Asmara tahun lepas. Udada Ubabye!!






ED: Hani pergi, Asmara menanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi