Jumaat, 25 Februari 2011

Shahir menghidap kanser hati

Shahir AF8

Assalammualaikum. Topik hari ini pasal Shahir AF8. Katanya dia hilang lagi? Dah kali kedua dia menghilang. Apa sebenarnya yang terjadi pada Shahir? Sebelum ni, ada desas-desus yang mengatakan Shahir menghilang sebab ada masalah disiplin. Tapi berita itu tidak benar. Shahir menghilang sebab dia sakit. ED ada jawapan untuk kes Shahir menghilang buat kali kedua.

Shahir menghilang kali kedua juga disebabkan dia sedang sakit. ED dengar di radio Era petang tadi, Shahir menghidap kanser hati. Alhamdulillah, kanser hati yang dideritai masih di tahap tidak kritikal. Dia kini sedang dirawat di hospital. ED doakan semoga dia cepat sembuh. Okelah ED nak ZZ pasal Shahir hari ini.


5 yang Zest tentang Shahir!

  1. Orangnya tidak sombong.
  2. Lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan nyanyian Shahir memang best!
  3. Murah senyuman.
  4. Walaupun sakit sebelum ini, Shahir tetap muncul di Anugerah Juara Lagu demi peminatnya..
  5. Shahir sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

4 yang Zrett tentang Shahir!
  1. Ramai orang berprasangka buruk tentang Shahir sebab kereta mewah yang dipandunya.
  2. Ada segelintir masyarakat yang kurang senang dengan perwatakan Shahir sekarang. Sebelum ini dia bekas ahli kumpulan nasyid.
  3. Gambar dia dan Rozita Che Wan telah menyebabkan dia dibenci oleh segelintir orang.
  4. Kesian dia, asyik difitnah sahaja.. Biasalah dunia artis.. 
Gambar Shahir dan Rozita Che Wan

Dunia artis ni memang begitu. Ada yang suka dan ada yang benci. ED rasa semua orang yang bukan artis pun mengalami nasib seperti Shahir. Ada yang suka kita dan ada yang benci kita. Yang penting kita tidak menyusahkan orang, udah ler... Udada Ubabye!!


ED: berdoa untuk kesejahteraan orang lain, besar pahalanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi