Isnin, 28 Februari 2011

Terjah facebook murid-murid.. Pendedahan eksklusif!


Hai, hari ini ED nak bercerita pasal kisah sosial murid-murid sekarang. Majoriti murid2 sekolah rendah ada akaun facebook. Maklum, dunia semakin maju dan teknologi semakin membangun.. Agak2 anda, apa yang murid2 ni buat dengan facebook erk? Melalui pemerhatian ED, murid2 sama sahaja seperti orang dewasa apabila menggunakan facebook.


Tajuk: 5 Persamaan penggunaan facebook antara murid2 sekolah rendah dan orang dewasa

  1. Update gambar2 terbaru
  2. Update status terbaru.. apa yang terjadi hari ini?
  3. Share video dan muzik kegemaran
  4. facebook sebagai bahan komunikasi
  5. menjadikan facebook sebagai diari mereka.. 

Ada segelintir murid-murid juga yang salah menggunakan facebook. Ini antara gambar yang sempat ED tangkap. Eksklusif untuk pengajaran bersama..

Gambar 1: Ada segelintir murid yang suka letak video dan gambar yang tak sesuai dibincangkan dikalangan umur mereka. Maklumlah, main facebook tanpa pemerhatian ibu bapa, suka2 hati je letak video dan gambar ikut selera mereka. Ibu bapa, sila ambil perhatian ye...


Gambar 2: Jom lihat salah satu perbincangan murid-murid sekolah ED di facebook.. Budak-budak sekarang semakin cepat matang.. So, guru2 dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu mengatasi gejala negatif ini..


Murid2 semakin berleluasa menunjukkan kebiadapan di facebook. Bahasa yang digunakan menunjukkan betapa rendahnya budi bahasa mereka. Bukankah budi bahasa budaya kita?

Diharap catatan hari ini dapat membuka mata dan minda semua. Kepada ibu bapa, jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak, nanti buruk padahnya. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Udada Ubabye!!



ED: berbudi bahasalah ketika menggunakan facebook..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi