Selasa, 1 Mac 2011

Kismis (Kisah Misteri) Kelas Berbau..


Hai, hari ini ED nak kongsi pasal satu kisah misteri yang berlaku di sekolah ED. Kejadian ni berlaku 2 minggu lepas. Seperti biasa, setiap hari Khamis selepas habis mengajar, ED akan pergi mengajar kelas tambahan untuk budak darjah 6. Kelas darjah 6 berada di tingkat paling atas bangunan sekolah. Jadi, ED pun bergerak menuju ke kelas yang telah ditetapkan.


Nampak tak kelas yang ED bulatkan di atas? Haa, itulah kelas yang misteri. Apabila ED lalu di beranda kelas tersebut, tiba-tiba angin bertiup kencang. Seronoknya berjalan dengan hembusan angin yang menderu tetapi keseronokan itu hanya sementara kerana.... ED ada terbau sesuatu yang luar biasa. Hati mula pelik dan mula memikirkan dari arah mana bau itu datang. Selepas itu, alangkah terkejutnya ED setelah tahu bau itu datang dari dalam kelas yang ED bulatkan tu.. Anda nak tahu bau apa?

Bau itu adalah BBB ( bau badan budak). Hahahaha.... Fuh.. dahsyat betul bau badan murid2 kelas tu. Mereka baru darjah 6 tapi bau badan macam orang dewasa. Baunya memang kuat. Semua guru-guru memang perasan kelas itu memang BBB. Selepas habis kelas tambahan, ED segera berjumpa dengan guru kelas mereka untuk bersembang tentang kejadian tersebut. Jom ikuti luahan hati guru kelas mereka. 

Maaf, nama dan wajah terpaksa dirahsiakan untuk kebaikan semua pihak.

Menurut guru kelas mereka, dia memang akui anak muridnya memang kuat bau badan. Dia sudah menegur anak muridnya supaya memakai deodoran tetapi perkara yang sama masih tetap berlaku. ED kesian dengan dia kerana terpaksa menghidu udara yang tercemar setiap hari apabila masuk ke kelasnya. Apabila dah tak tahan BBB, guru kelas mereka terpaksa membeli cologne (pewangi) dan membawa masuk ke dalam kelas. Murid yang BBB akan diberi cologne agar wangi.

Inilah cologne (pewangi) untuk murid yang BBB

Cerita ini dikongsi bukan untuk menghina tetapi ED nak tunjukkan keprihatinan seorang guru kepada anak muridnya. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang guru demi kebajikan anak muridnya. Akhir kata, jagalah kebersihan diri, sentiasa wangikan diri dan hiasi nurani dengan amalan murni. Udada Ubabye!!

 Fazura duta LUX 2011

 
ED: deodoran mampu mengatasi BBB..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi