Bruno Mars
Hai, hari ini ED nak berkongsi cerita tentang artis antarabangsa, Bruno Mars. Dia adalah bintang bersinar 2011. Ini kerana namanya semakin menjadi sebutan ramai ekoran vokal dan lagunya yang hebat. Apa yang ED boleh katakan, "Tiada Lagu Bruno Mars yang Tidak Sedap..." Setiap kali lagunya berkumandang di radio, ramai orang yang terus dibuai-buai dengan melodi dan vokalnya itu.
Mari kita berkenalan dengan Bruno Mars dalam segmen terbaru EDtv iaitu Jom Kenal. Tak kenal maka tak tahu.. Jom..
Artis: Bruno Mars
- Nama sebenar dia Peter Gene Hernandez (jauh bebenar dengan Bruno Mars..)
- Dia lahir pada 8/10/1985 di Honolulu Hawaii (patut la muka macam orang Asia)
- Telah 4 tahun berkecimpung sebagai artis (baru tahun ini popular)
- Lagu paling popular dan catchy "Just The Way You Are"..
- 13/2/2011 - Dia telah memenangi Anugerah Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Grammy ke 53. Tahniah diucapkan..
Jom dengar dan layan lagu Bruno Mars..
1. Mula-mula layan lagu baru dia - Grenade
2. Lepas tu layan pulak lagu hits dia - Just The way You Are
3. Akhir sekali, layan lagu dia yang mula-mula main kat radio - Nothing On You
Muzik dapat mengeratkan hubungan serantau. Setakat ini sahaja segmen Jom Kenal untuk kali ini. Banyak lagi artis yang bakal bersinar di tahun 2011. Nak tahu? teruskan mengikuti blog EDtv ini. Udada Ubabye!!
ED: Muzik dapat mengurangkan stress...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan