Ahad, 13 Mac 2011

Gambar-gambar sekitar Jom Heboh Danga Bay 2011


Hai, petang tadi ED pergi Jom Heboh di Danga Bay. Walaupun sebelum ini ED ada menulis catatan, Jom Heboh semakin kurang meriah, tetapi ED pergi juga Jom Heboh bawa mak dan adik jalan-jalan kat sana. Seperti biasa, memang susah nak cari parking. ED parking kereta jauh sangat. Kena berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke tapak Jom Heboh. ED ringkaskan cerita dengan membuat corat-coret melalui segmen ZZ. Jom baca..


Jom Heboh 2011 Danga Bay

5 yang Zest!
  1. Artis yang ED jumpa semua murah senyuman.
  2. Teh Syuhada (pengacara WHI) memang sempoi. Dia ramah dengan peminat.
  3. Cantiknya Fauziah Ghous.. Orangnya kecil molek je.. berbeza tengok kat TV.
  4. Siapa beli produk SG Men dapat bergambar dengan Faizal Tahir. Minyak wangi SG Men dijual RM20 sahaja sebotol (Harga biasa: RM32). Wangi macam Faizal tahir Seh...
  5. ED pergi dah petang hari, mudah untuk tangkap gambar artis (itulah kegemaran ED, dapat jumpa dan tangkap gambar mereka..)

5 yang Zrett!
  1. Cari parking susah. Astaga!!
  2. Orang berduyun2..
  3. Gerai Power Root dan Munchy takde.. (Gerai kegemaran ED)
  4. Banyak gerai yang dah ditutup sebab barang jualan dah habis. Contohnya, gerai Ribena dan Nestle.
  5. Paling menyampah tengok pemandu2 yang tak berhemah semasa nak cari parking tadi. Kalau nak belok, bagilah signal..

Okelah, ED lampirkan sekali gambar-gambar yang ED tangkap petang tadi ye. Nak tahu gambar siapa aje yang ED tangkap, jom tengok gambar-gambar artis sekitar Jom Heboh Danga Bay 2011. Udada Ubabye!!

Aidid Marcello dalam program Soopa Doopa

 Kumpulan UNIC dalam gerai Kota Ilmu

Erin Malik

Tomok dan Adeline Tsen di Gerai Hotlink

Faizal Tahir di gerai Silky

Fazli Zainal di gerai Berita Harian

Fauziah Ghous di gerai Cereka (cantik sangat2 dia)

Chef Sher 5 Rencah 5 Rasa

Teh Syuhaida yang peramah

Fauzi Nawawi pun peramah dengan peminat

Irin Puteri Azmi pengacara Wanita Hari Ini

Kumpulan Kugiran Tepi Pantai
Udada Ubabye Jom Heboh 2011!


ED: Penatnya berjalan kaki ke Jom Heboh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi