Ahad, 6 Mac 2011

Bukti Ahmad Dhani pernah mengaku berkahwin senyap2 dengan Mulan Jameela

 Mulan Jameela
Hai, selamat berhujung minggu. Kalau anda beli surat khabar pada hari Ahad, mesti banyak cerita2 panas dan sensasi kan? Sama juga dengan blog ini, kalau boleh ED nak sajikan berita2 panas untuk hari Ahad. Topik hari ini pasal Mulan Jameela. Minggu ini kecoh di media massa Indonesia dan Malaysia pasal Mulan Jameela selamat melahirkan anak perempuan. Persoalannya? Siapa ayah dari bayi tu? Bila masa Mulan ni kahwin? Ahmad Dhani dikatakan ayah sekaligus suami kepada Mulan Jameela. Betul ke?

Ahmad Dhani
 
Aduh, bikin pusing jadinya.. Jangan pusing2, ED harap berita yang ED beri ni akan memecahkan persoalan tentang siapa ayah kepada bayi Mulan Jameela. Hari ini ED ada terbaca blog tentang Ahmad Dhani sebenarnya telah berkahwin senyap2 (menikah sirri) dengan Mulan. Jom lihat pengakuan Ahmad Dhani menerusi blog berikut..

Sumber dan kredit: http://www.cumicumi.com/

Sejauh mana kesahihan berita tu, ED tak jaminlah.. Tapi ED rasa macam betul sebab blog ni memang terkenal di Indonesia. Kalau betul, tak menjadi masalah kalau Mulan Jameela hamil sebab dia dan Ahmad Dhani sudah bernikah sirri (bernikah secara senyap2) dan pernikahannya sah di sisi agama. Patut la, sebelum ini ramai orang pernah melihat Ahmad Dhani berjalan bersama-sama bersama Mulan yang tengah hamil dan bertudung labuh. Mereka pernah dilihat bersama di Singapura dan Kuala Lumpur.

Imej Mulan Jameela semasa hamil
Bercerita tentang Ahmad Dhani, dia tidak akan menjadi pengetua AF9 kerana Astro akur terhadap tentangan2 masyarakat Malaysia. Astro telah membatalkan hasratnya untuk mengambil Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9. Akhir kata, tahniah kepada Mulan Jameela dan Ahmad Dhani sebab dapat baby lagi (kalau betul la mereka dah nikah).. Udada Ubabye!!


ED: kebenaran pasti terungkap juga satu hari nanti..

1 ulasan:

  1. Kenapa nak mengagungkan orang seberang. Orang Kite (Malaysia) kan banyak yang boleh diketengahkan. Tak Gitu .. Saya setuju Ed

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi