Nur Fasha Sandha Binti Hassan
Hai, ED ada khabar gembira untuk peminat Fasha Sandha di Johor Bahru. Yang tak minat, tiada ubat yang ED boleh bagi untuk anda minat pelakon cantik ni. Fasha Sandha dan beberapa lagi finalis ABPBH akan mengikuti Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 ke Kompleks (Pusat Bandar) Pasir Gudang pada hari Ahad ni (20 Mac 2011). Acara akan bermula pada pukul 2.00 petang, tetapi untuk duduk di bahagian hadapan pentas, datang la pagi2 sekali sebelum pintu masuk dibuka. Hahaha...
Ayunya FS berbaju kurung..
Bercakap tentang Fasha Sandha lagi, drama Samson dan Delaila lakonan dia akan berakhir pada 29 Mac ini. Apalah kesudahan drama ini? Adakah Fasha Sandha akan memilih Ako Mustapha atau Adi Putera dalam drama ini? Sama-sama kita saksikan hingga ke episod akhir drama ini.
Eksklusif untuk pembaca blog EDtv, ED akan bocorkan rahsia drama Samarinda terbaharu selepas drama Samson dan Delaila. Drama Samarinda Terbaharu "Sahara" akan menemui anda pada 30 Mac ini. Maklumat pasal drama ini ED akan tulis kemudian.. Nak tahu, teruskan setia bersama blog EDtv. Udada Ubabye!
ED: Dalam 10 orang yang membenci kita, mesti ada seorang yang masih suka pada kita.. Teruskan kehidupan sekiranya kita tidak disukai oleh orang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan