Jumaat, 18 Mac 2011

Lagu Bunga-Bunga Cinta dari Indonesia

Assalammualaikum. Topik hari ini pasal lagu Bunga-Bunga Cinta. Bukan nyanyian Misha Omar tetapi nyanyian artis Indonesia, duet Asmirandah dan Dude Harlino. Lagu tersebut merupakan soundtrack filem Dalam Mihrab Cinta.
 
Dude Harlino & Asmirandah
Tajuk lagu sama tapi melodi dan liriknya memang berbeza. Anda di Malaysia dah dengar lagu Bunga-Bunga Cinta yang terbaru dari Seberang? ED baru dengar semalam dan hari ini ED nak berkongsi dengan anda lagu Bunga-Bunga Cinta dari Indonesia. Lagunya merdu dan menenangkan. Tak percaya, jom layan video klip ni..

 
 
Beza kan dengan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar? ED ingat lagi, dulu ED tak minat sangat lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar. Setelah Misha menang Anugerah Juara Lagu dengan gayanya yang garang dan menghentak-hentak kaki, ED terus minat lagu tu dan dia sekali. Hehehe... Jom imbas balik kenangan semasa Misha Omar di AJL 18.
 
 
Kesimpulannya, ED minat dua-dua lagu Bunga-Bunga Cinta ni.  Dua-dua best, dua-dua popular. Okelah, itu sahaja untuk kali ini. Udada Ubabye!!
 
 Mr. Bean pun suka dua-dua lagu Bunga-Bunga Cinta.

ED: Ada tak lagu semak samun cinta? Mesti lain daripada yang lain. hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi