Sabtu, 19 Mac 2011

Ummi Nazeera Bintang Bersinar 2011

Ummi Nazeera
Hai, topik hari ini tentang pelakon Ummi Nazeera. Dia layak digelar Bintang Bersinar 2011 kerana bakat lakonannya yang hebat. Dia juga heroin filem Hikayat Merong Mahawangsa yang semakin meningkat jumlah kutipannya di panggung wayang. Tahniah ED ucapkan untuk Ummi Nazeera. Tahu tak kenapa banyak2 pelakon wanita yang hebat di Malaysia, Ummi Nazeera terpilih menjadi heroin dalam filem berbajet besar ini? Ini kerana bakat Ummi Nazeera paling menyerlah semasa pemilihan watak Embok dalam filem tersebut. 


Sharifah Amani juga mengesahkan yang Ummi Nazeera seorang pelakon yang hebat dalam rancangan Galaksi TV9 sebelum ini. Bayangkan kalau Sharifah Amani yang hebat tu mengesahkan dan mengagumi Ummi Nazeera seorang pelakon yang hebat, maka Ummi Nazeera memang pelakon yang betul-betul hebat.

 Sharifah Amani mengagumi kehebatan lakonan Ummi Nazeera

Jom kita ZZ Ummi Nazeera..


5 yang Zest tentang Ummi Nazeera!
  1. Bakat lakonan dia memang terbaik, bagi je watak apa, mesti menjadi..
  2. Sebab dia hebat, dia terpilih menjadi heroin filem berbajet besar Hikayat Merong Mahawangsa.
  3. ED suka tengok watak Che Nen yang lemah lembut lakonan dia dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.
  4. Drama Nur Kasih, ramai penonton membenci wataknya yang antagonis, Sara (ini bermakna lakonannya menjadi).
  5. Walaupun dia kaya, dia tak sombong dan sangat profesional.
 Ummi Nazeera sebagai Sara dalam drama Nur Kasih

3 yang Zrett tentang Ummi Nazeera!
  1. Seksi.
  2. Pernah terlibat kontroversi sebab pergaduhannya dengan Remy Ishak (ED no komen).
  3. Dia mengambil masa yang lama untuk popular. Kesian dia..

Okelah, seorang lagi Bintang Bersinar 2011 telah ED coretkan di blog ini. Pengajaran daripada kisah Ummi Nazeera yang boleh kita ambil, jangan mudah berputus asa dan buatlah kerja sebaik mungkin. Udada Ubabye!


ED: biar hebat semulajadi dan jangan buat2 hebat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi