Hai, semalam ED telah pergi ke Kompleks Pasir Gudang untuk menyaksikan Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH). Banyaknya artis yang datang, yang tiada dalam iklan pun ada. Gerek la... Walaupun penat berdiri semalam, ED puas hati dan terhibur sangat-sangat dengan persembahan artis yang datang. Berbaloi la..
Fasha Sandha dan ED
Semalam juga pengalaman pertama ED dapat melihat Fasha Sandha secara dekat.. Cantiknya dia bagai anak patung.. ED ikhlas puji dia. Mesti anda dah tak sabar nak tengok gambar-gambar artis yang ED sempat tangkap semalam kan? Sabar dulu, sebab anda mesti tengok corat-coret Jelajah ABPBH semalam dalam segmen ZZ.
10 yang Zest tentang
Jelajah ABPBH Pasir Gudang!
Eksklusif...
- Semua artis yang datang sangat menghiburkan dan mesra peminat.
- Fasha Sandha sangat bersopan santun dengan peminatnya.. ED tak tipu..
- Black memang memberikan persembahan memukau dengan vokal dan gelagatnya.
- Fizz Fairuz dan Sharnaaz Ahmad kelakar dan menghiburkan.
- Babak lakonan Fizz Fairuz, Sharnaaz dan Fasha Sandha bersama peminat sangat menghiburkan..
- Paling kelakar tengok lawak Didie Alias, selamba dan gila2..
- Anuar Zain memang mesra penonton, sangat peramah dan dia memberikan kerjasama apabila peminat mahu menangkap gambarnya.
- Nabil menghabiskan RM150 untuk diberikan kepada 3 orang penonton yang dapat menjawab soalannya dengan tepat. Pemurah si Nabil ni..
- Johan dan Zizan memang lawak, semua tergelak dengan kerenah mereka.
- Rupa2nya Nurul Elfira Loy pandai menari, dia menari bersama rakan-rakannya semalam. Cayalah...
2 yang Zrett!
- ED tak dapat bergambar dengan Fasha Sandha. Ramai sangat yang berebut-rebut nak bergambar dengan Fasha Sandha.
- ED tak seronok la bila tengok ada segelintir ibu bapa yang membawa baby ke sana, kesian tengok anak-anak kecil kepanasan dan tidak sesuai sebab bising.
ED suka bila semua artis memuji dan teruja melihat warga Johor yang datang untuk menyaksikan mereka. Menurut artis-artis yang datang, Johor merupakan negeri yang penontonnya paling banyak kalau ada apa2 program sebegini. Akhir kata, jom lihat hasil tangkapan gambar ED semalam dan Udada Ubabye!!!
Zizan
Fizz Fairuz dan Sharnaaz Ahmad
Faizal Ismail dan Leya Hot fm
Nurul Elfira Loy yang pandai menari
Fasha Sandha yang cun
Along, Leya, Chad dan FBI sebagai pengacara
Leya, Aliyah dan Chad (DJ Hot fm yang baru)
Altimet dan kumpulan Mirwana
Babak Silent Acting Fasha Sandha bersama penonton. Best sangat!
Black yang sanggup memberikan kemejanya kepada peminat
Liyana Jasmay dan Aaron Aziz bersama peminat
Ada Lisa Surihani juga...
Anuar Zain yang sangat ramah
Didie Alias yang kelakar bersama Black dan Black 2. Hahaha.. Babak yang paling lawak.
Ni pertandingan menari antara Didie, Black dan Elfira..
Didie Alias memenangi pertandingan tarian bersama pasangannya Black 2.
Black 2 ni merupakan penonton yang paling popular dan
paling suka disakat oleh artis2.
Sempoi giler...
Johan, Zizan, Along dan Nabil yang menghiburkan.. Memang Raja Lawak Sejati..
Okelah, itu sahaja.. Udada Ubabye!!
ED: Jangan lupa ABPBH 3 April nanti di TV3..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan