Selasa, 22 Mac 2011

Kisah Benar: Murid yang rasa nak mati bila disuruh senyap..


Hai, ED nak berkongsi cerita semasa di sekolah hari ini. ED kena relief kelas 4 "tuuut.." (rahsia untuk kebaikan bersama) sebelum waktu balik. ED pertama kali relief kelas murid darjah 4 tahun ini. Sebelum ini, ED tak pernah ajar mereka. Selepas murid-murid mengucapkan salam kepada ED, ED menyuruh mereka duduk dengan senyap. Selepas itu, ED menegaskan kepada mereka:

"Kalau saya ada dengar satu suara daripada murid kelas ni, satu kelas akan balik lewat. Saya tak nak dengar satu suara manusia pun. Kalau awak semua mahu bercakap, guna bahasa isyarat badan atau bercakap melalui tulisan di atas kertas."

ED ada kerja waktu tu dan mereka pun ada kerja rumah, jadi ED mahu mereka buat kerja rumah dengan senyap. So, sama-sama boleh buat kerja dengan aman dan harmoni. Tiba-tiba ada seorang murid lelaki datang berjumpa ED dan menyerahkan sekeping kertas. Terkejut ED baca kertas tu.. Jom lihat isi kertas tu..



Siapa yang tidak jelas, ED ada sediakan sari katanya di bawah:

Tuuut... susahnya dengan cikgu ni, boleh mati kita!
Mampos pun boleh..
Macam tak boleh nafas, tau tak?
Bunyi nafas pun tak boleh ke?
Aku nak terkencing ni....

Adoi.. 2 orang murid darjah 4 mengumpat ED di atas kertas. Yang ED pelik, mereka rasa nak mati bila ED suruh senyap. Macam-macam gelagat murid bila disuruh senyap. Ada yang susah nak bernafas dan ada juga yang nak terkencing. Sebenarnya ED nak tergelak, tapi ED tahan je.

Akhir cerita, ED panggil 2 orang murid yang menulis di atas kertas tu dan bertanya apa masalah mereka. Seorang murid ED suruh pergi ke tandas untuk menyelesaikan masalah dia yang nak terkencing. Selepas murid tersebut kembali ke kelas, ED menasihati mereka bahawa jangan berfikiran negatif. Selama ini, tiada murid yang mati bila guru menyuruh murid-murid senyap. Udada Ubabye! 


ED: kadang-kadang lebih baik senyap daripada berkata-kata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi