Jumaat, 25 Mac 2011

Pen Penipu..


Assalammualaikum. ED ingin berkongsi cerita dengan anda mengenai pen baru ED. Pada pagi tadi, semasa ED nak tulis nama pada buku kedatangan di pejabat, ED bawa la pen baru tu. Bila buka je pen tu, ED dah tertipu.. Kalau pen tak keluar dakwat, itu biasa.. tapi kejadian hari ini luar biasa.. Nak tau kenapa luar biasa? Jom lihat gambar di bawah, selepas itu anda akan tahu..

 Inilah pen baru ED. Ini pen murah sahaja.

Semasa beli, ED tak buka pun penutupnya. Main beli je sebab nak cepat. Memang salah ED pun..

Selepas ED buka penutupnya, ED terkejut sebab kalau mata pen tu tak keluar dakwat dah jadi perkara biasa
tapi mata pennya pun takde... Alamak, ED dah terkena ni!

Pelik memang pelik. Batang dakwatnya ada, tapi matanya je tak ada. Ini namanya pen penipu ni. 

Pengajaran hari ini, sebelum membeli barang, mesti periksa dulu. Macam-macam hal pelik yang boleh terjadi di sekeliling kita kan? Kalau ada benda2 pelik atau kismis (kisah-kisah misteri), ED akan berkongsi dengan anda lagi ye. Udada Ubabye!


ED: Pen tersebut telah selamat ED buang ke dalam bakul sampah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi