Hotel Midah, Kuala Lumpur
Hai, hari ini ED nak sambung lagi tentang pengalaman ED di Kuala Lumpur. Pada hari ketiga jam 10.30 malam, ED selesai bermesyuarat lalu ED terus bergegas ke kamar untuk menonton TV. Setelah 15 minit menonton TV di kamar, telefon bimbit ED berbunyi. Nombor yang tertera di skrin telefon, tidak ED ketahui. Apabila ED jawab panggilan tersebut, kedengaran suara seorang perempuan cina. Haa.. penasaran kan? Jom kita lihat perbualan perempuan cina tersebut bersama ED.
Perempuan Cina : Hello, ini Encik Zahidi?
ED : Ya..
Perempuan Cina : Tahniah, u ada menang 1 pertandingan..
ED : Jangan tipu le.. (Setelah ED dengar suara tersebut betul2, ED tahu itu suara Lai (ahli kumpulan mesyuarat ED) sebab dia cakap dengan suara tergelak-gelak..)
ED : Lai, ada apa?
Perempuan Cina : Hahaha.. u tahu meh? U nak ikut kami pergi I-City tak?
ED : (tanpa berfikir panjang.. Ed terus setuju..) Ok..
Perempuan Cina : Kalau macam itu, kita jumpa kat parking 10 minit dari sekarang..
Yeahh... detik 11.00 malam yang ED maksudkan di sini ialah detik permulaan perjalanan ED ke I-City Shah Alam bersama-sama kawan-kawan baru. Ini pengalaman pertama ED ke I-City. Perasaan teruja dan seronok bercampur menjadi satu sebab ini kan baru kali pertama ED nak jejak kaki ke sana. Okelah, ED tak nak biarkan anda mengadap blog ini lama2, nanti bosan pulak. ED akhiri dengan lampiran gambar-gambar ED di I-City. I-City memang cantik pemandangannya!
ED dah sampai di I-City. Cantik kan?
Bersama kawan baru: dari kiri Cikgu Engku, Cikgu Sharimah dan Cikgu Lai (yang call ajak ED tadi).
Di hadapan pintu masuk Snowalk
Sebab dah suntuk, kami tak sempat masuk ke dalam Snowalk (tempat bersalji) bergambar kat depan Snowalk pun jadi la..
Warna-warni pemandangan di taman I-City
ED suka gambar ni. Ada kabusnya, macam berada di kayangan. hehe..
Ini gambar asli, nampak tak biasan cahayanya?
Terasa macam di Hong Kong.. haha..
ED tak kisah keluar dengan cikgu2 ni sebab mereka semua pangkat kakak2 dengan ED.
ED suka juga shot ni.. Hehe..
Pengalaman yang menarik di sini.
Akhir kata, Udada Ubabye!
ED: ada 1 lagi kisah menarik untuk dikongsi bersama. Jika anda baca, mesti anda susah nak percaya. Tunggu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan