Sabtu, 23 April 2011

Pengalaman di Hotel Midah, Kuala Lumpur

Hai, seperti yang dah diberitahu semalam, topik hari ini tentang pengalaman ED semasa berada di Hotel Midah, Kuala Lumpur. ED berada di sana kerana menghadiri Mesyuarat Pembinaan Standard Prestasi KSSR Pendidikan Moral Tahun 2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tanpa membuang masa, ED nak berkongsi cerita ED di sana dalam Segmen "Sembang-Sumbang". Dah lama tak bersembang-sumbang dengan anda.


Tajuk: 10 Cerita ED di Hotel Midah, Kuala Lumpur

  1. ED pertama kali memandu jauh ke Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama ED ke sana. Sesat juga masa sampai. Hehe..
  2. Hotel Midah, perkhidmatannya bertaraf 3 bintang. (Faham2 sendiri ye..)
  3. ED menginap di kamar bernombor 1217. Sejuk betul di dalam kamar walaupun penghawa dinginnya sudah ditutup. Misteri ni. hehe..
  4. Ramai yang merungut tentang makanan yang disediakan di sana.
  5. Seronok jumpa kawan baru yang peramah di sana.
  6. Dalam kamar hotel, ada TV tapi siaran TV3 tak dapat.. ED tak dapat tengok Episod Akhir Drama Gemilang. huhu..
  7. Malam hari ketiga, ada penggambaran drama dijalankan di lobby hotel. ED dapat jumpa seorang artis semasa berada di dalam lif. Tapi ED tak sempat ambil gambarnya. nak tahu siapa? Lihat gambarnya di bawah nanti..
  8. Tempat parking kereta di Hotel Midah kecil dan menguji minda bila kita mahu pandu naik ke tingkat atas. Kita mesti berhati-hati supaya kereta kita tidak luka dimakan tembok. Hahaha..
  9. Antara yang OK di Hotel Midah ialah teh tarik dan kuih-kuih tradisionalnya. Terbaik!!
  10. Pengalaman yang tak boleh dilupakan, ED sesat dan tembus kat kubur cina semasa perjalanan pergi ke Hotel Midah. Selamat lepas tu, ED jumpa jalan yang benar. Hahaha..
Itulah antara cerita ringkas tentang pengalaman ED di Hotel Midah. Sekarang jom lihat gambar-gambar yang sempat ED tangkap semasa di sana termasuk gambar artis yang ED cerita tadi.

 
Hotel Midah

ED sempat ambil gambar pelangi yang muncul di luar kamar


Katil ED


Ada TV di dalam kamar tapi tak dapat TV3.


Kawan baru di sana

Inilah artis yang ED jumpa di Hotel Midah. Ako Mustapha.

Okelah, sampai di sini dulu untuk kali ini. InsyaAllah, tajuk blog EDtv esok ialah "Detik 11.00 Malam". Ada apa dengan pukul 11.00 malam di Hotel Midah? Hehe.. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..... Udada Ubabye!


ED: Masih ada lagi cerita semasa ED di sana, nak tahu? Tunggu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi