Eira Syazira Ratu Drama Air Mata
Hai, topik hari ini pasal Eira Syazira. Semalam berakhir sudah drama Ustaz Amirul di TV3. Sedih tengok babak-babak akhir drama tu. Tahniah Eira Syazira sebab lakonan air mata dia memang menjadi. Bagi ED, Eira Syazira memang layak digelar Ratu Air Mata. Dalam drama Kemboja Putih, Eira Syazira juga memegang watak wanita yang selalu mengeluarkan air mata. ED minat lakonan dia.
Bukti keratan akhbar Kosmo
Okelah, ED nak ZZ tentang Eira Syazira. Jom..
5 yang Zest tentang Eira Syazira!
- Pelakon air mata yang hebat.
- Pelakon yang ramah dengan peminat.
- Tiada kontroversi lagi yang melibatkan dia.
- Pelakon versatile tapi ED suka dia watak sedih.
- Filem Ngangkung yang mencatat kutipan untung tertinggi turut dibintangi oleh dia.
Keayuan gadis Melayu, Eira Syazira
2 yang Zrett tentang Eira Syazira!
- Dia tidak tersenarai dalam Calon Akhir Anugerah Bintang Popular 2010.
- Dia belum lagi menang mana-mana anugerah yang terkemuka di tanah air. Semoga tahun ini membawa keberuntungan untuk Eira Syazira.
ED doakan semoga Eira Syazira akan berjaya dalam bidang lakonan dan diiktiraf oleh mana-mana anugerah yang ada. Kepada anda yang minat Eira Syazira dan mahu mengetahui aktiviti dia, anda boleh mengikuti akaun facebook Eira Syazira di http://www.facebook.com/Eira-Syazira .
Gambar profil facebook Eira Syazira ketika ini
Untuk pengetahuan anda, drama Kemboja Putih lakonan Eira Syazira akan berakhir pada minggu hadapan 7 April 2011. Jangan lupa tonton. Udada Ubabye!
Eira Syazira dalam Kemboja Putih
ED: Lakonan Eira Syazira, terbaik!!
yg no 2 xsetujulh ed. ye, mgkin dia layan peminat coz nk jaga hati kn. but, aku prnh 'kenal' ngn dia bwh satu production teater. xberapa nk ramahlh, sombong sikit pastu suke ikut dia je. ntahlh kn. sbb prnhlh 'kenal' sekejap. hehehe
BalasPadamtp pengalaman aku lain pulak.. aku jumpa dia kat jomheboh ramah dgn peminat.. tu yg aku tls ramah.. apapun pndgn org beza2..
BalasPadam