Ahad, 3 April 2011

Ramalan Bintang Paling Popular dalam ABPBH 2010


Hai, malam ini akan terjawab siapa Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular 2010. Kalau tahun lepas Dato Siti Nurhaliza telah menang, tahun ni siapa erk? Eksklusif di blog ini, ED akan buat ramalan siapa yang bakal merangkul Anugerah Bintang Paling Popular melalui pemerhatian ED di media massa. Peringatan, ini hanya ramalan sahaja dan keputusan malam ini hanya Tuhan yang tahu. Jom lihat Carta Top 5 Ramalan Bintang Paling Popular dalam ABPBH 2010 malam ini.

Ramalan Bintang Paling Popular ABPBH 2010

Nombor 5: Fasha Sandha. Kalau lihat bakat dia, dia banyak tampil di kaca TV tahun lepas dengan drama2 dan telefilemnya yang hebat. Walaupun dia kontroversi tapi tak mustahil kalau dia boleh menang sebab dia ada peminat yang tersendiri untuk mengundinya. Buktinya, namanya tersenarai dalam calon akhir pelakon drama wanita popular. ED suka juga kalau dia menang. Hehe..

Fasha Sandha

Nombor 4: Shahir. Mamat ni pun kontroversi juga tahun lepas tapi ED nampak kat internet, boleh tahan juga peminat setianya. Wajah dan suara dia menarik minat ramai orang, lebih2 lagi publisiti dia sebagai Juara AF8. Kalau dia menang, maka ramai la peminatnya yang telah mengundinya.

Shahir

Nombor 3: Lisa Surihani. Dia tercalon dalam 2 kategori iaitu pelakon TV dan filem wanita popular. Macam ada peluang je.. Dia artis yang banyak dapat publisiti. Maklum, wajah cantik dan komersial memang banyak jadi tumpuan. Namun, bakat lakonan dia memang hebat walaupun dia susah sebut R dengan betul. Facebook dia yang mencecah 1 juta pengikut membuktikan dia menjadi pujaan ramai. Macam ada harapan menang malam ni? Sama-sama kita saksikan..

Lisa Surihani

Nombor 2: Fara Fauzana. Dia juga tercalon dalam 2 kategori iaitu DJ dan pengacara paling popular. Kalau dua2 anugerah dia menang, kebarangkalian dia menang Anugerah Bintang Paling Popular sangat cerah. Fara Fauzana memang disukai masyarakat kerana keramahannya, karismanya dan bakatnya. 

 
Fara Fauzana


Juara: Shaheizy Sam. Dia pelakon yang sangat menyerlah tahun lepas. Filem lakonan dia mesti meletup dan fenomena. Lihat saja, Adnan Sempit dan Ngangkung. Personalitinya yang peramah dan mementingkan kebersihan menyebabkan ramai orang suka dia. Kalau dia menang, ED yakin semua orang akan bersetuju atas kemenangannya. Dia juga tercalon dalam 2 kategori iaitu untuk pelakon drama TV dan pelakon  filem lelaki paling popular.

Shaheizy Sam

Okelah, selamat menyaksikan Anugerah Bintang Popular 2010 malam ini. Nantikan persembahan hebat dan lawak2 yang bakal dicipta oleh pengacaranya iaitu Zizan, Raja Azura dan Sharifah Shahira. Udada Ubabye!

Pengacara ABPBH 2010 malam ini

ED: Bestnya kalau menang pertandingan dapat kereta free...

2 ulasan:

  1. hakikatnyer sam juara paling popular diikuti tmpt ke 2 shahir, ke 3 zizan, ke 4 aznil n ke 5 faizal tahir...

    BalasPadam
  2. Ini ramalan suka2 je. TQ 4 ur info!

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi