Hai, topik hari ini pasal di sekolah. Anda tahu kan ED ajar Pendidikan Moral darjah 1? Ni nak kongsi cerita tentang ragam murid-murid Moral ED. ED ajar 2 kelas Moral darjah 1 tahun ni, 1 kelas depan dan 1 lagi kelas belakang. Faham2 je la..
Antara Murid-murid Moral ED
Peristiwa hari ini semasa ED mengajar Moral di kelas belakang. Di kelas tersebut, tak semua murid India fasih dan faham berbahasa Melayu. Ops, lupa nak bagi tahu, murid India merupakan kaum kedua teramai selepas murid Melayu. Tanpa membuang masa, jom lihat cerita ED hari ini bersama-sama murid Moral kelas belakang.
ED : Hari ini cikgu nak ajar tentang KESELAMATAN DIRI.
Murid : (mereka senyap sahaja....)
ED : Sebelum cikgu ajar, cikgu nak tanya. Apa itu KESELAMATAN?
Murid : ...mm..........mmm........
ED : Cikgu ulang balik, apa yang awak faham tentang KESELAMATAN?
Bila ED tanya soalan buat kali kedua, barulah ada seorang murid yang menjawab. Apa jawapan dia, jom baca lagi..
Murid : Keselamatan itu MATAHARI.
ED : (Dengan terkejutnya..) Apa???
Semua murid : MATAHARI CIKGU!!! (semua murid yakin je jawab matahari..)
Hahaha.. ED tak tahan lalu terketawa depan mereka. Bila ED ketawa, murid2 pun ketawa. ED tak boleh la lihat murid bagi jawapan yang salah dengan yakin. Mesti nak tergelak, sebab ED ingatkan dari riak muka mereka nak bagi jawapan yang betul, tapi salah jawapannya (lari betul dengan jawapan sebenar). Selepas ED tenang, ED mula memberitahu mereka apa makna keselamatan diri dan proses pengajaran dan pembelajaran pun berjalan seperti biasa.
Best kan ajar murid darjah 1? Kadang-kadang mereka buat kita ketawa dan gembira. Kadang-kadang mereka buat kita terseksa jiwa dan raga. Paling seksa kalau ada murid darjah 1 yang berak dalam kelas, semua pancaindera terseksa lebih-lebih lagi hidung. Hahaha.. Udada Ubabye!!
Keselamatan ialah Matahari = Tak Sesuaiii!!
ED: Take care!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan