Rabu, 13 April 2011

Murid tercirit dalam kelas..


Hai, hari ini di kelas 5 Delima (kelas ED) berbau busuk. Bukan bau misteri kelas darjah 6 seperti yang sebelum ini. Bau busuk itu datangnya dari seorang murid perempuan kelas ED. Murid tersebut telah tercirit di dalam kelas. Walaupun sudah membersihkan pakaiannya di tandas, namun masih ada lagi sisa-sisanya. Ramai murid-murid lain yang mengadu sesak nafas kesan daripada radiasi bom semulajadi manusia (faham2 sendiri ye..). ED hanya mendiamkan diri dan tidak mahu menjatuhkan air muka murid tersebut. ED pun mengajar la seperti biasa walaupun hidung ini tidak sanggup menerima bau tersebut. ED tidak menyalahkan murid tersebut sebab kalau cirit-birit, memang macam tu. Kadang-kadang di luar kawalan kita.


ED bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi ingin berkongsi kisah haru ED hari ini. Semasa kejadian tersebut, ED memang tabik la pada sikap setia kawan 2 orang kawan murid yang tercirit tadi. Dalam banyak2 aduan bau busuk, hanya 2 orang kawan baik dia sahaja yang senyap dan menjaga air muka kawannya itu. Walaupun mereka duduk berhampiran dengan murid yang berbau itu, tetapi mereka buat seperti biasa sahaja.


Paling mengharukan, selepas habis kelas, 2 orang murid tersebut datang berjumpa ED. Mereka meminta ED mengambil seluar spare dari pejabat untuk diberikan kepada kawannya. Alasan yang 2 murid tadi berikan, "cikgu, seluar "tuuuuttt..." terkena tahi kucing masa pj tadi, bolehkah kami ambilkan seluar spare untuk dia? ED pun terus ambilkan seluar tersebut dan memberikan kepada 2 orang murid tersebut. Di sekolah rendah memang ada simpan seluar spare kalau ada murid yang terberak dalam kelas. Selepas mereka pergi, ED betul2 terharu melihat semangat setia kawan antara mereka. Ini baru namanya sahabat sejati!

Sahabat sejati ialah manusia yang sanggup berkawan tak kira semasa suka ataupun duka. Sahabat sejati juga adalah rakan yang sanggup menutup keaiban rakannya itu. Akhir sekali, sahabat sejati akan terus bersahabat walau apa jua keadaan sekalipun. Udada Ubabye!

ED: Jadikan cerita ini pengajaran ye..




1 ulasan:

  1. kadang-kadang budak yang baru sebesar itu lebih faham erti sahabat daripada kita yang dah tua,dah berpengalaman,yang belajar tingi-tinggi ni.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi