Hai, selamat bertemu kembali. Dah seminggu ED tak update blog sebab ED telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam di Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur. Khas untuk hari ini, ED nak kongsi serba sedikit refleksi atau imbas kembali cerita-cerita menarik semasa ED berkursus di KL. Jom kita lihat 5 yang Zest & 5 yang Zrett semasa ED berkursus di Hotel Grand Pacific Kuala Lumpur.
ED bersama En. Radin (Lembaga Peperiksaan Malaysia), Cikgu Wan Harman (KL), Berdiri dari kiri, Cikgu Mayzah (Batu Pahat), Cikgu Lai (KL), Cikgu Engku (Senai), Cikgu Agnita (Perak) dan Cikgu Roszaliza (KL).
5 yang Zest!
1. Hotel Grand Pacific, ED suka hidangan pencuci mulut di sana.
2. Kamar hotel yang selesa, siaran TV3 pun ada.
Kamar Hotel ED
3. ED sempat keluar bersama kawan-kawan ke KLCC. Pertama kali ED sampai ke KLCC.
KLCC
ED dan KLCC
ED dan kawan2 di hadapan Suria KLCC
Selesai di KLCC, jom ke destinasi seterusnya...
4. Selepas ke KLCC, singgah di Satay Station. (bersebelahan dengan Istana Budaya). Satenya besar dan mengenyangkan. Nyam nyam..
Sate 1 cucuk 90 sen sahaja.. Sedapnya!
5. Waktu balik, ED dan kawan-kawan sempat singgah di jalan Tun Abdul Rahman. Shopping sikit..
5 yang Zrett!!
1. Flush tandas kamar hotel ED tidak berfungsi.. Huhu..
2. Air-cond di kamar hotel juga tidak boleh dikawal (tiada remotenya). Sejuk...
3. Semasa balik dari KLCC menuju ke hotel, ada kemalangan teruk berlaku. Merasa juga jalan yang jam.
Di jalan inilah berlaku kemalangan teruk. Kalau lihat di atas gambar, ramai orang sedang melihat kemalangan tersebut.. Memang ngeri, ED tak berani nak ambil gambar kemalangan tersebut..
4. ED tak tenteram jalan-jalan di KL sebab teringat Kes Simbah Asid yang menjadi-jadi di sana.
5. Mahalnya bayaran parking di Kuala Lumpur..
Okelah, itu tadi serba ringkas cerita ED di Kuala Lumpur. Sekarang ni, fenomena kes simbah asid semakin berleluasa di Lembah Klang. ED turut bersimpati kepada mangsa2 simbah asid.Yang ED pelik, penjenayah simbah asid terbabit menyimbah asid kerana suka-suka dan tiada motif untuk menyamun. Boleh pulak macam tu?? Kalau suka sangat simbah asid, simbahlah asid di tandas-tandas awam yang kotor supaya kuman-kumannya mati. Hehehe.. Ataupun tolong pekebun getah mencairkan getah dengan menyimbah asid ke dalam bekasnya. Kan dapat pahala tu?? hahaha... Udada Ubabye!!
ED: Macam-macam hal di Kuala Lumpur.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan