Upin dan Ipin
Hai, topik hari ini berkenaan dengan lagu Upin dan Ipin. Tahukah anda, sebelum Les Copaque (penerbit Upin & Ipin) mengambil kumpulan Padi untuk mencipta dan menyanyikan lagu tema Upin dan Ipin, Ahmad Dhani telah diminta terlebih dahulu untuk mencipta lagu untuk kartun tersebut? Betul, mula2 pihak Les Copaque meminta Ahmad Dhani untuk mencipta lagu untuk Upin dan Ipin.
Ahmad Dhani
Setelah Ahmad Dhani selesai mencipta lagu dan memperdengarkan kepada pihak Les Copaque, pihak Les Copaque tidak berkenan dengan lirik dan melodinya. Pihak Les Copaque cuba meminta Ahmad Dhani mengubahsuai kembali lagu tersebut, namun Ahmad Dhani tidak setuju dan berkeras mahu guna lagu tersebut juga. Akhirnya, pihak Les Copaque terpaksa mencari artis lain yang boleh mencipta lagu yang sesuai untuk Upin dan Ipin. Dapatlah kumpulan Padi yang memahami kehendak Les Copaque. Jom lihat lagu yang Ahmad Dhani cipta untuk Upin dan Ipin pada mulanya, patutlah pihak Les Copaque tak setuju. ED pun tak setuju kalau lagu macam di bawah ni sebab tak sesuai. Nak tahu? Dengar sendiri..
Sekarang, lagu ini merupakan single terbaru untuk kumpulan Laki Lucky (anak-anak Ahmad Dhani). Rosak kartun Upin Ipin kalau guna lagu ni.
Tahniah kepada kumpulan Padi kerana dipilih menyanyikan lagu tema untuk rancangan kartun nombor satu di Malaysia dan Indonesia. Lagu sahabat selamanya nyanyian kumpulan Padi memang sesuai untuk Upin dan Ipin. Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan keputusan Les Copaque mengambil penyanyi Indonesia untuk lagu tema Upin dan Ipin, tetapi ED tiada masalah. Ini kerana, tiada sempadan dalam muzik. Kita bebas memilih muzik mana yang kita suka. Udada Ubabye!
Ini baru lagu yang sesuai untuk Upin dan Ipin.
salam kenal.. hehe.. dan follow..
BalasPadamKau sombong