Rabu, 4 Mei 2011

Murid maki hamun ibu bapa di Facebook


Hai, topik hari ini tentang kisah seorang murid yang berleluasa menyalahgunakan facebook. Ha, apa yang ED nak paparkan ni jangan ditiru ye. Gambar hari ini ED perolehi daripada akaun facebook adik ED. Secara tak sengaja, ED telah terbaca status seorang murid perempuan tingkatan 4 ni melalui akaun facebook adik ED. Segala maklumat dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Murid perempuan tersebut telah memaki hamun ibu bapanya di facebook. Mesti murid ini sudah terlupa tentang jasa ibu dan ayahnya. Jom lihat, status murid tersebut:

Klik 2x untuk besarkan imej

ED rasa murid tersebut nak cari perhatian kot. Itu sebabnya dia tulis statusnya macam tu kat Facebook. Kalau nak glamour sangat, bagi tau ED, nanti ED letak gambar anda dalam blog ini. Sedih la tengok anak melayu macam ni.

Tanpa ibu dan ayah, awak tidak akan lahir ke dunia ini. Minta maaf kepada ibu bapa segera selagi mereka masih ada. Cuba bayangkan anak yatim piatu yang tiada ibu dan bapa..

Pengajaran hari ini ringkas sahaja, jangan membuka aib keluarga kepada orang ramai. ED faham apa yang murid tersebut rasa sebab masa remaja adalah masa untuk merasa bebas. Namun, jangan biarkan emosi menguasai akal. Gunakan akal sebelum bertindak. ED akhiri dengan sebuah video klip untuk renungan bersama. Udada Ubabye!

Dengar dan rasai kesyahduannya..


ED: Air dicincang tidak akan putus..

4 ulasan:

  1. tengah umur2 camatu, mmg tgh panas lagi...nanti dah matang sikit, harap berubah lah..

    BalasPadam
  2. HUH X PATUT...
    salam perkenalan...meh singgah n folow me back

    BalasPadam
  3. aish... bile mak bapak dia dah tak de baru le dia sedar...

    BalasPadam
  4. mari doakan dia kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi