Hai, hari ini ED nak kongsi cerita di sekolah semalam. Ini tentang gelagat murid yang di luar jangkaan ED. Jom lihat kisah dibawah:
Situasi dimana ED menegur seorang murid India supaya membetulkan ejaan imbuhan dalam penulisannya.
ED : Saya kan dah cakap, ejaannya menyikat bukan mensikat! Betulkan ejaan awak..
Murid : Baik cikgu..
2 minit kemudian...
Murid : Cikgu, lihat jawapan saya.. (dia tulis salah lagi..)
ED : Adui, salah jawapan awak.. saya cakap tadi menyikat bukan mesikat! Betulkan balik! (akupun cubit perut dia sebab geram)
Murid itu menjawab: Adoi!! cikgu, hilanglah six pack perut saya!
Inilah gambar perut yang mempunyai six pack
ED : -aku terdiam- (tak tercapai akalku dengan perkataan six pack oleh murid tersebut)
ED : (akupun membalas balik) takde maknanya!!
Inilah murid tersebut. Tegap ke badan dia? hehe..
Habis masa di kelas tersebut, ED tersenyum sendiri bila teringat kata-kata murid india tersebut. Untuk pengetahuan semua, murid tersebut merupakan murid darjah 5 kelas terakhir. Ayat macam murid sekolah menengah. Cepat betul murid2 sekarang tahu apa yang dulu kita tak tahu semasa di sekolah rendah. Okelah, setakat ini dahulu. Udada ubabye!!
ED: Six pack takde pun takpe, yang penting murid2 ED pandai mengeja.. huhu..
budak sekarang ni advance cikgu.
BalasPadammengajar bahasa melayu ke cikgu?
BalasPadamyap..
BalasPadamteringat masa darjah 6. buat karangan memang tak reti. satu ayat utk perenggan pertama. 2-3 ayat utk perenggan ke dua. 2-3 ayat utk perenggan ke tiga. dan 1 ayat utk perenggan ke 4... hahahaha!
BalasPadam