Hai, topik hari ini tentang filem Nur Kasih The Movie yang akan ditayangkan di pawagam pada 19 Mei ini. ED tak pasti sama ada anda terasa atau tidak tentang bahang filem ini? Yang pasti, promosi filem ini sedang giat dilakukan melalui iklan TV, radio, majalah dan jelajah pelakon2 tersebut untuk mempromosikan filem tersebut secara langsung kepada orang ramai. Kepada peminat drama Nur Kasih, ED yakin seyakin yakinnya, mesti anda sudah tidak sabar menontonnya. ED rasa filem Nur Kasih mampu mencatat kutipan RM10 juta. Ini kerana, jom kita bersembang dan menyumbangkan cerita dalam segmen Sembang-Sumbang.
Tajuk: 10 sebab Filem Nur Kasih The Movie diramalkan bakal mencatat kutipan 10 juta
- Ingat Nur Kasih, mesti teringat kehebatan dramanya pada tahun 2009 kan?
- Drama Nur Kasih pernah mencatat rating 19 juta penonton. Ini membuktikan drama tersebut menjadi fenomena di Malaysia. Pengaruh drama tersebut diramalkan bakal menarik ramai penonton setia drama Nur Kasih akan menonton filem tersebut.
- Lakonan mantap Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz bakal menyentuh perasaan penonton. Jalan cerita filem Nur Kasih sarat dengan teka-teki, kesedihan dan paling penting emosi penonton dijamin akan tersentuh apabila menonton filem ini.
- Melalui pengamatan ED, ramai yang minat gila-gila dengan watak Tiz Zaqyah dalam filem ini.
- Adik Mia Sara pun ada filem ini. Filem ni sesuai ditonton seisi keluarga.
- Sinematografi filem tersebut cantik nian. Lebih2 lagi penggambaran di Jordan.
- Kelainan dalam filem ini, Tiz Zaqyah sanggup menunjukkan taring untuk menyanyikan lagu temanya. Kelainan ini juga mampu menarik minat orang ke panggung.
- Promosi gila-gila filem ini mampu menyeru penonton2 filem untuk membeli tiket filem tersebut. Bayangkan, bulan Februari lalu sudah ada video klip lagu tema Nur Kasih The Movie. Klik sini untuk lihat video tersebut Lagu Tema Filem Nur kasih.
- Banyak komen2 di laman web dan blog2 yang berpuas hati setelah menonton preview filem tersebut. Kalau berpuas hati, memang best la filem tu. Bila best, mesti ramai orang tengok.
- Filem arahan Khabir Bhatia tidak akan menghampakan penonton. Lihat saja kehebatan filem Cinta arahan beliau yang pernah memenangi 4 anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke 20.
Okelah, dah banyak bersembang ni. ED doakan semoga filem ini meraih kutipan RM 10 juta box office. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Udada Ubabye!
Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz pelakon Filem Nur Kasih
ada lagi pelakonnya, jom lihat di bawah..
5..
4..
3..
2..
1..
taraaa......!
ED: Selamat menonton 19 Mei ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan