Hai, topik hari ini tentang Sinetron Amanah Dalam Cinta. Bermula hari ini, sinetron tersebut akan ditayangkan di TV3. Apa yang menariknya, kalau anda saksikan betul2 heroin drama ini, mesti anda akan berfikir bahawa wajahnya mirip Juliana Evans. Ya, wajah Julia Estelle memang mirip dengan Juliana Evans. Untuk mengukuhkan fakta ini, jom kita lihat beberapa gambar yang menunjukkan kemiripan wajah mereka. Tapi bila tengok lama2, memang nampak tak sama. Oleh itu, tengok sekali imbas je..
Mirip kan?
Tengok sekali imbas, macam kembar kan?
Bila tengok dari dekat, baru nampak tak sama. Hehehe..
Sekarang jom tengok menarik atau tak sinetron ini menerusi segmen yang paling disukai ramai, Zest & Zrett!! Hahaha..
5 yang Zest!
- Sinetron ini mengisahkan penyamaran Julia Estelle untuk menunaikan amanah orang yang baru dikenalinya di dalam bas. Kena tengok dari awal baru best..
- ED suka tengok cabaran Julia Estelle untuk menunaikan amanah tersebut iaitu membawa seorang bayi berjumpa keluarganya di Jakarta.
- Kisah cinta Julia Estelle pun menarik dan penuh teka-teki.
- Sinetron ini tidak panjang berjela macam sinetron2 lain.
- Pengajaran yang bagus iaitu kita mesti amanah walaupun sukar.
2 yang Zrett!!
- Kisah cinta tiga segi mesti ada..
- Perbezaan darjat pun masih ada lagi.. sama macam kebanyakan cerita.
Isnin hingga Khamis jam 2 petang di TV3
Okelah, nak tahu lebih lanjut, tonton sendiri sinetron ini ye. ED akhiri dengan lagu tema sinetron ini daripada D'Masiv. Udada Ubabye!!
ED: Pekerjaan kita adalah amanah. So, kerja rajin2... hehehe..







Tiada ulasan:
Catat Ulasan