Hai, hari ini ED nak cerita tentang drama Tahajud Cinta yang akan ditayangkan pada 8 Julai nanti dalam slot Zehra TV3. Melalui pembacaan ED di Harian Metro waktu kelmarin, ED dapat rasakan yang drama ini bakal mencipta fenomenanya tersendiri. Manakan tidak, seramai 19 orang pelakon popular dan terbaik daripada berbagai generasi akan membintangi drama tersebut.
Tajuk: Drama Terhebat 2011 - Tahajud Cinta
Menurut pengarah drama ini, Eirma Fatima, drama Tahajud Cinta dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka. Ramai wanita teraniaya di luar sana. Eirma melihat dalam akhbar banyak kes mengenai wanita sebegini dipaparkan. Pada masa sama, saya tengok golongan lelaki pula selalu guna agama untuk menindas wanita. Jadi, Tahajud Cinta dihasilkan dengan matlamat memberitahu wanita mengenai hak mereka. Usahlah diragut hak mereka (Sumber: Harian Metro 9/6/11).
Okelah, sekarang jom kita lihat pelakon-pelakon hebat yang membintangi drama Tahajud Cinta. Memang ramai pelakon hebat. Tak percaya, jom lihat sama2. Eksklusif untuk pembaca blog EDtv..
Remy Ishak, Shahz Jaszle, Aaron Aziz dan Fazren Rafi
Fauziah Ghous, Fazura, Tiz Zaqyah dan Neelofa
Eman Manan, Eirma Fatima, Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin dan Ziela Jalil
Melissa Saila, Norish Karman, Dira Abu Zahar dan Haryanto Hassan
Azizah Mahzan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Fadilah Mansur
Bagaimana? Nampak best tak cerita ni? Menurut Eirma juga, tiada pelakon utama dalam drama ini kerana semua pelakon memainkan peranan yang penting. Pendek cerita, semua pelakon adalah pelakon utama. Akhir kata, sama-sama kita tunggu kemunculan drama Tahajud Cinta yang akan ditayangkan lebih kurang sebulan dari sekarang.. Udada Ubabye!!
ED: saya sokong drama tempatan Malaysia!
phew!!! mcm mantap jer cite ni..go tiz!!
BalasPadamterbaek punya entry :)
BalasPadamtak saba nak tengok
Azreen & Baiti, sama2 kita tunggu drama ni.. TQ.
BalasPadam