Hai, hari ini bermulanya sesi persekolahan penggal yang kedua. ED nak kongsi sikit, suasana kerja hari ini. Hari ini ED sibuk memungut markah peperiksaan untuk dimasukkan ke dalam sistem komputer. Alhamdulillah, kerja memasukkan markah dapat diselesai.kan juga hari ini. Esok lusa, ED nak isi buku penyata murid pulak sebab Hari Terbuka akan tiba dalam masa terdekat. Untuk pengetahuan anda, begitulah kesibukan menjadi Guru Kelas selepas habis peperiksaan.
Buku kedatangan kelas ED
Selain itu, hari ini juga merupakan permulaan hari yang hambar apabila ED melangkahkan kaki ke kelas waktu yang pertama. Kelas pertama ED hari ini ialah kelas Pendidikan Moral tahun 1 kelas hujung. Nak tahu apa yang hambar? Bukan masalah yang berpunca daripada murid-murid. Tetapi masalah bau yang busuk di dalam kelas tersebut. Hilang mood nak mengajar dengan bau aroma yang busuk itu. Nak tahu bau apa? Lihat gambar di bawah:
Ini gambar udang. Binatang inilah yang ada dalam kelas tersebut. Mana datang udang ni? Kenapa berbau busuk? Ini kerana udang ini datang dari dalam perut kucing dan terkeluar menjadi muntah. Oh, ada kucing muntah udang sebelum ini! Daripada gambar muntah tersebut (tidak dapat ditayangkan gambar sebenar), ED rasa ada kucing masuk ke dalam kelas tersebut dan muntah pada waktu cuti sekolah sebelum ini. Huhuhu.. Biasanya ED bersemangat apabila mengajar pada masa yang pertama, tapi lain pula yang terjadi hari ini.
Akhir cerita, ED meminta bantuan makcik yang membersihkan sekolah untuk membersihkan muntah tersebut. Terima kasih makcik. Okelah, ED akhiri dengan dialog ED bersama murid-murid Moral tentang bau busuk tadi.
ED: Bau apa dalam kelas awak ni?
Murid-murid : Bau udang cikgu!
Hahaha.. ED tergelak dalam hati kerana murid-murid tak tahu yang bau busuk itu adalah muntah udang. Udada Ubabye!!
ED: Kebersihan mempengaruhi emosi seseorang.
lawak kartun tu ed
BalasPadam