Hai, hari ini ED masih nak bercerita tentang hal di sekolah. Kes ejek-mengejek di sekolah rendah memang sudah menjadi perkara biasa. Bila murid diejek, mulalah mereka mengadu kepada gurunya.
Hari ini, ada seorang murid lelaki berketurunan mamak ni mengadu kepada ED kerana kawannya telah mengejeknya. ED ni memang mudah ketawa bila dengar kes ejek-mengejek yang lawak2 ni. Contohnya dalam catatan ED yang lepas iaitu Bapak Saya Bukan Balai Polis! Tanpa melengahkan masa, kenapa ED terketawa mendengar aduan seorang murid yang berketurunan mamak ni? Jom saksikan kisahnya..
Murid mamak: Cikgu, tengok ni..
ED: Ada apa?
Murid mamak: Si "tuuuutt.." ejek saya.
ED: Dia ejek apa?
Cuba teka, kawan murid mamak ni ejek dia apa? Jom lihat kesudahan dialog ini di bawah.
Murid mamak: Dia ejek saya Choki-Choki (Coklat yang panjang tu...)
Coklat panjang Choki-Choki
Hahaha.. ED pertama kali dengar murid diejek dengan nama Choki-Choki. ED tak pasti sebab apa dia diejek dengan nama Choki-Choki. Namanya memang jauh betul dgn perkataan Choki-Choki. Mungkin warna kulit murid tu macam Choki-Choki kot.. Maaf, ED tak berniat nak ketawakan murid tersebut, ED cuma kelakar dengar nama Choki-Choki tu..
Biasanya kalau kes ejek mengejek ni, ED dengarkan je. ED faham, budak-budak memang macam tu. Dengar nama Choki-Choki, teringat pulak zaman budak2 dulu. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Sedapnya coklat Choki-Choki yang pernah popular satu masa dulu.
hhehehe.. kelakar juga ya.. kdg2 murid2 ni terbuat lawak tanpa mereka tak sedar.. ehehe
BalasPadamSalam Ukhuwah Salam kunjung mengunjung ye (",)